Sukan SEA: Kelibat Marselino Ferdinan Jadi Kunci Utama Indonesia Atasi Thailand

Aksi final dalam acara bola sepak bagi saingan Sukan SEA 2023 sudah pun dimuktamadkan dengan Indonesia bawah 22 (B-22) akhirnya menamatkan penantian pingat emas selama 32 tahun.

Pada aksi tersebut, Indonesia jelas tampil dengan aksi cukup berkualiti sepanjang perlawanan berlangsung untuk menafikan segala yang cuba dicipta oleh Thailand menerusi keputusan penuh 5-2.

Tampil menerusi drama pergaduhan, keraian awal Indonesia, serta provokasi, pengadil perlawanan turut melayangkan empat kad merah dengan membabitkan empat pemain serta empat pegawai perlawanan dua pasukan tersebut.

Sepanjang saingan berlangsung, Indonesia hadir dengan persediaan cukup baik untuk menafikan segala rencana yang dibuat oleh Thailand hampir keseluruhan minit perlawanan.

Malah, pengendali mereka iaitu Indra Sjafri tidak bercakap kosong ketika beliau menyatakan sudah mengkaji segala kelemahan lawan menerusi analisa dibuat sebelum perlawanan berlangsung.

Thailand yang dianggap sebagai pasukan pilihan tampil dengan begitu tertekan pada awal permainan, selepas menerima tekanan bertali arus daripada Sang Garuda.

Antara pemain paling mencuri tumpuan pastinya terarah kepada bintang muda Indonesia tahun ini iaitu Marselino Ferdinan yang sangat konsisten sehingga ke wisel penamat.

Walaupun tidak meledak sebarang jaringan pada perlawanan ini, kelibat Marselino boleh dianggap sebagai maestro utama buat Indonesia dalam mencipta banyak gerakan-gerakan berbahaya.

Apa tidaknya, pada usia 18 tahun Marselino sudah pun mempamerkan kematangan yang cukup baik untuk mengawal posisi tengah Indonesia dalam merangkai gerakan, serta tidak membenarkan lawan mendominasi bahagian tersebut sewenangnya.

Malah, beberapa kali gerakan individu pemain itu berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Thailand selain banyak mencipta peluang berbahaya buat Indonesia mendapatkan gol.

Perkara paling wajar dipuji buat Marselino pastinya terarah kepada stamina beliau, selepas pemain ini dilihat tidak mengalami masalah untuk beraksi pada intensiti tinggi biarpun sudah melepasi masa tambahan.

Sepanjang saingan ini berlangsung, Marselino sudah pun merekodkan tiga gol dan peningkatan dalam permainan beliau sangat ketara selepas beberapa bulan berkelana di Eropah.

Maka, tidak hairan nama beliau sering disebut-sebut dalam kalangan penyokong Indonesia yang berbangga dengan kualiti pemain muda ini buat skuad kebangsaan.

Sebagai antara pemain paling muda dalam skuad ini, Marselino sudah pun mencipta sejarah tersendiri untuk membantu Indonesia menamatkan penantian pingat emas selama 32 tahun.

Apapun, kemenangan ini pastinya akan menjadi suatu detik terbaik buat skuad muda Indonesia itu untuk terus memberi amaran kepada negara-negara Asia Tenggara lain, khususnya Malaysia supaya sentiasa bersedia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN