Sukan SEA: Indonesia Ada Kelebihan Besar Untuk Mara Ke Final

Indonesia bawah 22 (B-22) tampil dengan prestasi yang sangat hebat pada saingan Sukan SEA 2023 ini, selepas mencatat semua kemenangan di peringkat kumpulan.

Berada dalam Kumpulan A, Indonesia tampil dengan aksi cukup hebat sejak pembukaan saingan untuk menjadi pendahulu Kumpulan A menerusi empat kemenanvan dilakar mereka.

Lebih menarik, Indonesia juga hanya dibolosi satu gol sahaja selain berjaya mencatat 13 jaringan secara keseluruhan untuk membuktikan ketajaman mereka di hadapan gawang.

Menerusi persiapan yang dibuat awal, ramai pemerhati bola sepak menjangkakan Indonesia mampu untuk mencipta sesuatu pada saingan Sukan SEA ini.

Lihat sahaja pada senarai nama pemain yang dipanggil mereka kali ini rata-ratany sudah mempunyai pengalaman cukup baik sebelum itu bersama pasukan senior di pentas antarabangsa.

Pemain seperti Marselino Ferdinan, Alfeandra Dewangga, Pratama Arhan, Ramadhan Sananta, serta beberapa lagi nama menjadi antara tunjang kekuatan pasukan itu kali ini.

Bawah kendalian Indra Sjafri, mereka menjadi pasukan terawal untuk mengesahkan tempat di pusingan separuh akhir Sukan SEA dalam misi Indonesia untuk menamatkan penantian 32 tahun menggenggam emas.

Saingan separuh akhir yang bakal berlangsung pada hari ini menjadi kelebihan buat Indonesia berbanding wakil Kumpulan B, selepas mereka mempunyai masa berehat lebih panjang untuk bertemu Vietnam.

Indonesia yang sudah beraksi pada hari Rabu sebelum itu mempunyai kelebihan tersebut selepas aksi Kumpulan A berlangsung lewat sehari dan mempunyai tempoh rehat lebih singkat.

Selain Indonesia, Myanmar juga berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir selepas berjaya mengutip sembilan mata untuk mengetepikan Kemboja yang hanga memungut empat mata.

Wakil Kumpulan B menyaksikan Thailand dan Vietnam berjaya melepasi jangkaan ramai untuk mara ke pusingan separuh akhir setelah cemerlang sebelum itu untuk menyingkirkan Malaysia, Laos, serta Singapura.

Menerusi rantaian pemain muda berkualiti serta corak permainan konsisten, Thailand boleh dianggap sebagai salah satu calon kuat untuk muncul juara pada edisi kali ini.

Sementara Malaysia B-22 pula gagal untuk mengulangi pretasi musim lalu sekurangnya yang mara ke separuh akhir, selepas terkandas awal di peringkat kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN