Sukan SEA: Hamidin Yakin Skuad B-22 Mampu Tewaskan Thailand & Vietnam

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin melaungkan keyakinan mengenai prestasi semasa dipamerkan oleh skuad kebangsaan bawah 22 (B-22) di Kemboja.

Malaysia B-22 sebelum itu memulakan acara bola sepak dalam saingan Sukan SEA dengan langkah kanan, setelah kejayaan mereka membenam Laos menerusi keputusan penuh 5-1.

Tampil dengan corak permainan menyakinkan di segenap posisi, maka tidak hairan Hamidin menganggap skuad B-22 itu mampu menewaskan pasukan-pasukan pilihan lain pada tahun ini.

Berdepan Thailand pada hari ini, pastinya motivasi pemain negara berada dalam keadaan terbaik selepas masih segar dengan kejayaan sebelum itu untuk mengutip tiga mata pertama.

Selain yakin berdepan Thailand, Hamidin juga melihat Malaysia sebenarnya tidak mempunyai masalah besar untuk menyingkirkan juara bertahan pada musim lalu iaitu Vietnam.

Namun, segala kejayaan itu tidak akan hadir sekiranya para pemain muda ini tidak mempamerkan fokus sepenuhnya dalam memberi aksi terbaik di atas padang untuk mengetepikan pasukan lawan.

“Kalau tanya saya secara peribadi, pasukan ini boleh kalahkan Thailand dan Vietnam. Bukan kita nak jumpa Korea atau Jepun, memang boleh (atasi Thailand dan Vietnam).

“Tetapi seperti saya katakan kepada pasukan, selain kita melihat kelemahan taktikal pasukan lawan, pentingnya pemain kita bersedia tanpa ada masalah dan mereka fokus 100 peratus untuk bertemu Thailand dan Vietnam.

“Kalau perkara itu kita ada, peluang untuk menang adalah cerah. Jadi, maksudnya pasukan kita kena 100 peratus dalam ‘mood’ bersedia untuk memenangi perlawanan dengan Thailand,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Hamidin juga enggan memberi komen tentang insentif yang akan diperolehi skuad B-22 negara jika mereka mampu membawa pulang pingat emas kali ini.

“Biarlah rahsia. Saya tak nak komen, itu antara saya dengan pasukan,” ulas Hamidin tanpa memberi sebarang kenyataan tambahan mengenai perkara tersebut.

Musim lalu menyaksikan Malaysia gagal membawa pulang sebarang kejayaan, selepas mereka ditewaskan oleh Indonesia pada penentuan pingat gangsa.

Tampil dengan beberapa perubahan dalam kalangan kejurulatihan serta pemain, pastinya para penyokong mengharapkan yang terbaik untuk skuad B-22 ini mengharumkan nama Malaysia.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN