Fergus Tierney Antara ‘Senjata Rahsia’ Skuad B-22 Untuk Atasi Thailand

Malaysia bawah 22 (B-22) bakal menghadapi cabaran kedua dalam aksi Kumpulan B bagi acara bola sepak dalam saingan Sukan SEA 2023 di Kemboja pada hari ini.

Selepas memulakan kempen dengan langkah kanan, pastinya skuad kendalian E. Elavarasan berhajat untuk meneruskan momentum mereka bagi mendapatkan tiga mata kedua pada perlawanan akan datang.

Sebelum itu, Malaysia berjaya mencatat kemenangan sulung dalam Kumpulan B untuk menewaskan Laos menerusi keputusan penuh 5-1 bersama persembahan yang mendapat pujian rata-rata penyokong yang melihat aksi tersebut.

Pada edisi kali ini, beberapa muka baharu turut dipanggil untuk memperkuatkan skuad kendalian Elavarasan dan sudah pun mempamerkan impak positif sejak saingan Merlion Cup lalu di Singapura.

Antara yang mencuri tumpuan pastinya terarah kepada penyerang muda bertubuh tegap negara ketika ini iaitu Fergus Tierney yang tampil sangat menonjol di posisi serangan.

Tierney yang dimasukkan pada separuh masa kedua pada perlawanan lalu tampil memberi impak yang cukup baik di posisi serangan menerusi kekuatan fizikal dimiliki beliau serta sentiasa di posisi tepat untuk menerima umpanan.

Pada aksi lalu, kehadiran Tierney jelas memberi kesukaran buat pertahanan Laos untuk cuba mengawal beliau daripada melakukan sesuatu berbahaya.

Malah, pemain ini juga memiliki banyak peluang menarik dicipta bagi mendapatkan gol buat skuad kebangsaan walaupun dimasukkan di separuh masa kedua.

Syahir Bashah

Pemain ini turut dimasukkan pada separuh masa kedua dan berjaya memberi impak tersendiri terutama melancarkan lagi bahagian serangan skuad kebangsaan.

Memiliki kelincahan serta kreativiti membuat hantaran, Syahir berjaya mengelirukan pertahanan lawan beberapa kali selain tenang membuat hantaran-hantaran tepat ke dalam petak penalti.

Aksi bertemu Thailand hari ini, pastinya Syahir sekali lagi bakal menjadi pilihan Elavarasan jika mereka mahu mengatasi kepantasan lawan serta memburu gol untuk meraih kemenangan kedua.

Haqimi Azim

Walaupun tidak menjaringan sebarang gol pada perlawanan lalu, kehadiran Haqimi sebenarnya dianggap sangat penting dalam misi untuk mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Hadir dengan fizikal yang sangat tinggi, Haqimi tidak menghadapi masalah untuk memenangi situasi perebutan bola di udara bersama pertahanan lawan.

Pengalaman beliau yang beraksi dalam saingan Piala AFF tahun lalu digunakan sebaiknya menerusi ketenangan dipamerkan Haqimi ketika berdepan pertahanan lawan.

Hadir dengan kepantasan, kualiti fizikal, serta lincah menggelecek bola, maka tiada sebab untuk Elavarasan mengetepikan beliau pada perlawanan penting hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN