Sukan SEA: Filipina Anggap Perlawanan Menentang Malaysia Penentu Antara Hidup Dan Mati

Seri sekali, dan tewas sekali dalam dua perlawanan yang dilalui setakat ini di saingan Kumpulan A, menjadikan perlawanan menentang Malaysia sebagai perlawanan antara “hidup dan mati” bagi skuad Bawah-22 Tahun (B-22) Filipina.

Demikianlah bagaimana Ketua Jurulatih, skuad muda The Azkal, Goran Milojevic melihat pertemuan menentang skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee esok.

Pasukan tuan rumah sebelum ini mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Kemboja di perlawanan pertama, sebelum tewas 1-2 di tangan Myanmar.

Ini menjadikan perlawanan menentang Malaysia sebagai perlawanan wajib menang sekiranya Filipina mengimpikan slot ke separuh akhir acara bola sepak lelaki di temasya Sukan SEA 2019.

“Sukar untuk kami menerima kekalahan ini (tewas di tangan Myanmar) kerana kami terpaksa bangkit daripada ketinggalan 0-1,” ujar beliau seperti yang dipetik dari Berita Harian.

“Namun, kami berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.

“Separuh kedua kami bermain dengan lebih baik dan mencipta peluang bagi menjaringkan gol tetapi Myanmar mendapat gol kemenangan.

“Ini akan menjadi pengajaran berguna buat kami apabila berdepan Malaysia nanti yang mana kami perlu mencipta kemenangan,” katanya.

Berhadapan Malaysia esok, pengendali dari Serbia itu berkata beliau akan melakukan sedikit rombakan pada kesebelasan utama.

Mengakui Malaysia sebagai sebuah pasukan yang memiliki ramai pemain berkualiti, aspek taktikal turut akan diberikan perhatian yang sewajarnya.

“Kami perlu menunggu perkembangan beberapa pemain kami yang mengalami kecederaan sama ada boleh diturunkan atau tidak.

“Jadi, sudah pasti akan ada perubahan juga dari aspek taktikal.

“Kami melakukan analisis video perlawanan setiap lawan kami di sini dan sudah pasti kami akan merancang sesuatu untuk menentang Malaysia berdasarkan kekuatan kami.

“Kami menghormati Malaysia, namun kami dalam situasi yang mana kami perlu mencipta kemenangan,” kata Milojevic.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN