Sukan SEA: Diundi Bersama Thailand, Malaysia Tetap Dijangka Mampu Harungi Saingan Kumpulan B

Kelayakan Piala Asia B-23 2022 Piala AFF B-23 2022

Skuad Brad Maloney bakal berhadapan laluan sukar di dalam acara bola sepak Sukan SEA yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti.

Diundi di dalam Kumpulan B, pasukan negara diundi bersama finalis Sukan SEA 2019, Thailand, Singapura, Kemboja dan Laos.

Saingan Kumpulan A pula menyaksikan pemenang pingat emas edisi lalu, Vietnam berada di dalam Kumpulan A bersama-sama Indonesia, Filipina, Myanmar dan Timor Leste.

Laluan sukar skuad Brad Maloney

Berdasarkan undian yang disempurnakan sebentar tadi, Malaysia dijangka berhapan laluan sukar tetapi tetap dijangka mampu meraih slot untuk ke separuh akhir.

Peningkatan prestasi negara-negara Asia Tenggara di dalam bola sepak khususnya pasukan seperti Kemboja dan Laos tidak harus dipandang sipi pasukan negara sekiranya enggan episod kegagalan mara ke separuh akhir di Sukan SEA Filipina sebelum ini berulang.

Cabaran Singapura yang dikendalikan oleh Nazri Nasir yang berpengalaman untuk mematikan langkah skuad utama kebangsaan juga harus tidak dipandang ringan.

Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Manila, Filipina sebelum ini menyaksikan pasukan negara kendalian Datuk Ong Kim Swee sekadar menduduki tangga ke-4 daripada lima pasukan di saingan peringkat kumpulan.

Selain tewas 1-0 kepada pasukan tuan rumah Filipina pada ketika itu, pasukan negara turut tewas mengejut 3-1 kepada Kemboja, selain diikat oleh Myanmar 1-1

Persiapan pasukan negara

Berbanding pasukan yang dibawa ke Manila pada 2019, skuad B-23 negara kali ini dilihat memiliki barisan pemain lebih mantap untuk membawa pasukan negara.

Sebagai persiapan menghadapi temasya dwi tahunan yang akan bermula pada 12 Mei hadapan, Maloney telah merancang untuk memanggil latihan pusat bermula 19 April akan datang.

“Tiga Aksi Persahabatan Sebelum Ke Hanoi” – Brad Maloney Mahu Persediaan Lebih Kukuh Buat Skuad B-23

Buat masa ini perbincangan sedang dilakukan bersama kelab-kelab Liga Malaysia untuk membenarkan pemain masing-masing dilepaskan untuk menyertai latihan pusat tersebut.

Maloney sebelum ini menegaskan temasya tersebut bakal digunakan  sebagai medan persiapan terakhir sebelum beliau bersama anak-anak buahnya menghadapi pusingan akhir Piala Asia B-23 di Uzbekistan pada 1 Jun tidak lama lagi.

Tetapi ini tidak bermakna cabaran di Sukan SEA dan maruah bola sepak negara harus dipandang sipi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN