Teka-teki mengenai pemain yang bakal menggalas tanggungjawab skuad negara bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2019 terjawab akhirnya selepas senarai pendek 20 pemain telah dikeluarkan.
Pemain-pemain berpengalaman dalam kancah Liga Super seperti Muhammad Akhyar Rasid, Mohamed Syamer Kutty Abba, Mohamad Faisal Abdul Halim, Muhammad Syahmi Safari dan beberapa pemain lain pastinya disenaraikan oleh pengendali pasukan, Datuk Ong Kim Swee.
Menarik untuk disaksikan juga adalah trio dari skuad Akademi Mokhtar Dahari B-17 iaitu Luqman Hakim Shamsudin, Harith Haiqal Adam Afkar dan Muhammad Umar Hakeem Suhar Rezwan turut menjadi pilihan jurulatih kelahiran Melaka itu.
Namun, hasrat Wan Kuzain Wan Kamal menyarung jersi skuad negara tidak kesampaian berikutan masalah dokumentasi yang tidak dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain.
Dalam pada itu, khidmat dua pemain melebihi had umur iaitu Adam Nor Azlin dan Irfan Zakaria turut ditagih dalam usaha skuad negara menebus kekecewaan tumpas 0-1 di tangan Thailand pada perlawanan akhir Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam.
Senarai penuh 20 pemain yang akan dibawa ke Filipina:
Penjaga gol: Muhammad Haziq Nadzli (JDT), Damien Lim Chien Khai (PKNS FC)
Pertahanan: Adam Nor Azlin (JDT), Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Dominic Tan Jun Jin (Police Tero FC), Harith Haiqal Adam Afkar (AMD B-17), Muhamad Shahrul Nizam Ros Hani (Kelantan)
Tengah: Mohamed Syamer Kutty Abba (JDT), Muhammad Danial Haqim Draman, Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Muhammad Danial Amier Norhisham (Felda United FC), Muhammad Umar Hakeem Suhar Rezwan (AMD B-17), Muhammad Syahmi Safari (Selangor), Quentin Cheng (Central Coast Mariners B-21), R. Dinesh (Pahang)
Penyerang: Muhammad Akhyar Rashid (JDT), M. Kogileswaran Raj, Mohamad Faisal Abdul Halim (Pahang), Luqman Hakim Shamsudin (AMD B-17), Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak (Fagiano Okayama).
Kredit foto: Football Association of Malaysia (Official)