Amri: Satiananthan Punca Saya Angkat Kaki

Sebelum ini B. Satiananthan menepis dakwaan bahawa beliau merupakan punca Amri Yahyah mengangkat kaki dari Selangor FA.

Amri disahkan tidak akan bermain untuk Selangor lagi musim hadapan. Meskipun kontrak beliau di Selangor masih ada setahun lagi.

Satiananthan menjadi sasaran penyokong Selangor yang menganggap legenda mereka itu pergi meninggalkan Selangor kerana beliau.

Ketua jurulatih Selangor itu menyatakan kepada Astro menyatakan bahawa, Amri sendiri yang membuat keputusan untuk angkat kaki.

“Bukan keputusan saya. Saya tidak buat keputusan sama ada dia kekal atau tidak.”

“Selangor sekarang ada dua pasukan, jadi pihak pengurusan boleh buat apa-apa perancangan sama ada gunakan khidmatnya dalam Selangor 2 bagi membimbing pemain muda.”

“Kalau dia tetap dengan Selangor, pasukan akan menghormatinya. Saya juga menghormatinya sebagai seorang pemain,” katanya.

Walaubagaimanapun kenyataan itu bercanggah dengan apa yang diluahkan oleh Amri Yahyah.

Bekas penyerang kebangsaan itu menyatakan, beliau meninggalkan Gergasi Merah Kuning kerana B. Satiananthan.

Malah Amri menganggap ia adalah satu tindakan yang paling sukar di dalam kariernya sepanjang 20 tahun sebagai pemain Selangor.

Punca utama Amri Yahyah mengambil keputusan untuk meninggalkan Selangor dan melabelkan penghijrahannya meninggalkan skuad Merah Kuning kali ini adalah kekecewaan terbesar sepanjang 20 tahun pembabitannya dalam dunia bola sepak.

Bercakap kepada Astro, Amri berkata: “Setakat Indeks Prestasi Utama (KPI) melangkah ke suku akhir dan kekal dalam saingan Liga Super tidak cukup.”

“Sekurang-kurangnya meraih satu piala dalam setiap musim membuktikan anda pemain Selangor,” kata Amri

“Saya masih belum berniat untuk bersara, jangan risau.”

Amri kemudian berikrar akan memastikan pasukan yang beliau wakili tak akan tewas di tangan Selangor selepas ini.

“Namun ingin saya ingatkan, team yang saya main lepas ni, bila lawan Selangor – Selangor takkan menang.”

Sathiananthan kemudian memberikan penjelasan bahawa beliau tidak melihat Amri menunjukkan sebarang minat untuk kekal di Selangor. Dipetik dari Stadium Astro, Sathianathan berkata:

“Pihak pengurusan boleh melakukan sebarang keputusan dalam perancangan bagi menggunakan khidmatnya bagi mempertingkatkan skuad muda pasukan dan saya amat menghormatinya sebagai seorang pemain.

“Saya hairan mengapa Amri Yahyah menghilangkan diri 10 minit sebelum perlawanan antara Selangor lawan JDT ketika semi final kedua di Stadium Shah Alam.”

“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Amri Yahyah dan mendoakan supaya beliau berjaya dengan pasukan baru beliau. Semangat untuk mengalahkan Selangor patut dipuji, kerana sebagai pemain professional kejayaan pasukan yang menjaga kebajikan beliau mesti diutamakan oleh beliau.”

“Dan dia bukannya pertama kali bermain untuk pasukan lain. Dan saya percaya semasa beliau mewakili JDT dan Melaka, pasukan yang mewakilinya dapat mengkalahkan pasukan Selangor, ini dikatakan pemain professional.”

“Saya dengan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada legenda Amri Yahya,” jelas B. Satiananthan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN