Sukan Asia 2018: Vietnam Terus Lakar Kejutan, Mara Ke Suku Akhir

Kejutan terus dilakukan oleh wakil dari Asean iaitu Vietnam di Sukan Asia 2018 yang dilangsungkan di Jakarta dan juga Palembang.

Mangsa terbaharu mereka kali ini adalah wakil dari Timur Tengah iaitu Bahrain!

Menurut laman Fox Sports, Vietnam menunggu sehingga ke minit-minit terahkir untuk mengecewakan Bahrain untuk mara ke peringkat 8 pasukan terakhir.

Gambar: Vietnam FA

Bahrain boleh dikatakan pasukan yang cukup dirundung malang dalam perlawanan ini kerana mereka mempunyai 2 insiden yang jelas tidak memihak mereka.

Pertama adalah pada minit ke-23 apabila gol dari Ahmed Bughammar dibatalkan oleh pengadil.

Namun jika dilihat semula dari ulang tayang, jelas sekali pemain tersebut tidak ofsaid kerana berada dalam kedudukan yang sama dengan pertahanan terakhir.

Sebelum rehat separuh masa pertama, Bahrain terus dihimpit duka apabila Ahmed Sanad dibuang padang selepas mengasari pemain lawan.

Kelebihan seorang pemain di separuh masa kedua jelas dimanfaatkan oleh Vietnam untuk memburu kemenangan.

Pemain gantian, Nguyen Cong Phuong muncul wira Vietnam apabila berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawanan untuk mematahkan hati Bahrain dan mara ke suku akhir.

Mereka akan menyertai pasukan seperti Korea Selatan, Uzbekistan dan juga Syria di peringkat tersebut.


Những cú sốc tiếp tục được thực hiện bởi các đại diện ASEAN từ Việt Nam tại Asian Games 2018 tổ chức tại Jakarta và Palembang.

Nạn nhân mới nhất của họ là đại diện của Trung Đông – Bahrain!

Theo trang web của Fox Sports, Việt Nam đã chờ đến phút cuối cùng để làm thất bại Bahrain để tiến tới tám người cuối cùng.

Bahrain có thể được cho là khá không may trong game bởi vì họ có 2 sự cố rõ ràng không có lợi cho họ.

Đầu tiên là vào phút thứ 23 khi các mục tiêu từ Ahmed Bughammar bị hủy bỏ bởi trọng tài.

Nhưng khi nó trở lại từ phát lại, rõ ràng là người chơi không phải là tắt kỷ lục vì nó là ở vị trí tương tự như hậu vệ cuối cùng.

Trước khi nghỉ giải lao đầu tiên, Bahrain tiếp tục bị làm nhục khi Ahmed Sanad bị đuổi khỏi sân sau khi phạm lỗi đối phương.

Lợi thế của một cầu thủ trong hiệp hai rõ ràng là được sử dụng bởi Việt Nam để săn lùng chiến thắng.

Người thay thế, Nguyễn Công Phương, đã xuất hiện tại Việt Nam khi anh ghi bàn trong những phút cuối cùng của trận đấu để phá vỡ trái tim của Bahrain và tiến tới tứ kết.

Họ sẽ tham gia các lực lượng như Hàn Quốc, Uzbekistan và Syria.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN