Sukan Asia 2018: Rentetan Kemenangan Malaysia ‘Direntap’ Bahrain

Malaysia

Skuad bawah 23 (B-23) negara gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas 3-2 ditangan Bahrain pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Wibawa Mukti, Cikarang sebentar tadi.

Datuk Ong Kim Swee melakukan rombakan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan E ini apabila merehatkan sebahagian besar pemain yang beraksi ketika bertemu Korea Selatan tempoh hari.

Tempoh 10 minit pertama menyaksikan kubu skuad negara sedikit tertekan apabila dihujani beberapa siri serangan yang dilancarkan anak buah Samir Chammam.

Penyudah kurang berkesan nyata membantutkan usaha mereka bagi memanipulasikan kelemahan benteng pertahanan negara.

Malaysia yang kembali memperkemaskan aksi bagi menyaingi persembahan lawan, tanpa disangka-sangka memperoleh jaringan pembukaan pada minit ke-20.

Jaringan cantik menerusi ledakan ‘first timer’ dari luar kotak penalti itu dihasilkan oleh Muhammad Syahmi Safari.

Gol itu juga merupakan percubaan pertama skuad negara ke kubu Bahrain pada perlawanan ini.

Jaringan tersebut jelas menjadi penyuntik semangat buat para pemain B-23 negara apabila mencipta gerakan berbahaya berselang dua minit kemudian.

Berpunca dari keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol lawan, R.Kogileswaran melepaskan rembatan ketika penjaga gol Bahrain, Ammar Ahmed sudah pun berada di luar posisi.

Bagaimanapun, pertahanan Bahrain berjaya menafikan percubaan tersebut di garisan gol.

Malaysia terus menekan dengan dua serangan berturut-turut dilakukan pada minit ke-23 tetapi Ammar Ahmed lebih tangkas menghalang rembatan dilakukan Nik Akif Syahiran dan Adib Zainudin.

Selepas itu, Bahrain yang hanya mampu seri dan kalah pada dua perlawanan terdahulu kembali meningkatkan serangan ke kubu skuad negara.

Usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-33 berpunca dari kesilapan Adan Norazlin dan Adib di kawasan sendiri.

Ketua pasukan, Mohamed Hardan menggunakan kesempatan  tersebut dengan melepaskan rembatan yang terus menewaskan Ifwat Akmal Chek Kassim bagi menyamakan kedudukan.

Bahrain berjaya memperolehi jaringan pendahuluan berselang empat minit kemudian apabila Hamad Alshamsan menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru.

Tidak cukup dengan itu, Ahmed Sanad hampir menambah jaringan ketiga, mujur Ifwat lebih tangkas bagi menggagalkan percubaan keemasan tersebut.

Memasuki babak kedua, Bahrain ternyata bernafsu untuk mencipta jaringan dengan beberapa percubaan berbahaya yang dicipta.

Jentera pertahanan Malaysia kelihatan agak rapuh terutamanya di sebelah kiri apabila pemain Bahrain dengan mudah dapat meloloskan diri daripada kawalan pemain negara.

Datuk Ong Kim Swee membawa masuk Akhyar Rashid dan Safawi Rasid dalam usaha mengubah corak permainan serta memburu jaringan yang diharapkan.

Bahrain terus menghukum kealpaan kubu negara dengan mencipta gol ketiga apabila Hardan sekali lagi membocori gawang yang dikawal Ifwat pada minit ke-88.

Ketika aksi memasuki masa kecederaan, Akhyar Rashid telah dikasari dalam kotak penalti untuk bagi menghadiahkan sepakan penalti buat skuad negara.

Penjaring utama, Safawi yang mengambil sepakan tidak berdepan masalah untuk merapatkan kedudukan, bagaimanapun jaringan itu belum cukup untuk memberikan kejayaan buat Bahrain pada perlawanan ini.

Walaupun tumbang pada perlawanan ini, ia tidak langsung menjejaskan peluang negara untuk menempah pertemuan menentang Jepun pada peringkat 16 terbaik.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN