Pengurus Mana Satukah Watak-Watak Hantu Kak Limah Ini?

Kami yakin ramai pembaca kami sudah menonton filem pecah panggung Hantu Kak Limah.

Ketika tarikh artikel ini ditulis, filem ini mencatatkan kutipan RM20.5 juta, menjadikan ia filem paling laris dalam sejarah perfileman Malaysia.

Itupun hanya selepas 11 hari tayangan. Tahniah!

Jika beberapa watak dalam filem ini dikaitkan dengan pengurus bola sepak dari segi karakter, ini yang kami dapat kaitkan.

Yeh Sekupang

Beliau akan menjadi pengurus yang penuh dengan taktikal dan falsafah dalam permainan. Beliau ada misi yang jelas di dalam karier.

Perancangan karier beliau dalam filem ini adalah untuk naik ke jawatan ketua kampung dan ia dirancang sebaik mungkin.

Beliau adalah Aliou Cisse dalam arena pengurusan bola sepak. Jurulatih yang penuh dengan perancangan dan berjaya membawa Senegal ke Piala Dunia.

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 19: Aliou Cisse, Head coach of Senegal celebrates after the 2018 FIFA World Cup Russia group H match between Poland and Senegal at Spartak Stadium on June 19, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Kevin C. Cox/Getty Images)

Sayangnya status kalah mati mereka ‘disita’ kerana peraturan fair play dengan Jepun. Dianggap underrated  tetapi berperanan sangat penting.

Dengan kesempatan ini, kami mahu memberikan penghormatan kami kepada arwah Rab Khalid yang merupakan pemegang watak Yeh Sekupang.

Khuda

Jika beliau menjadi pengurus, beliau akan menjadi pengurus yang penuh dengan rahsia dari segi taktikal. Banyak perkara beliau tidak transparen.

Sukar untuk meramalkan tindak tanduk beliau. Hanya berserah ketika proses ‘damage limitation’.

Kami anggap beliau adalah Roy Hodgson. Jurulatih yang kerap berdiam dan sugul apabila berhadapan masalah.

Hussin

Seorang pengurus muda yang cuba membentuk pasukan dengan pemain luar. Namun beliau tetap menghormati had dan kuasa ‘beli’ yang ada pada beliau.

Jika pengurus, kami bayangkan beliau adalah Rafa Benitez di Newcastle. Terpaksa bekerja dengan peraturan yang ditetapkan.

Beliau hanya akan cuba ‘menyeru’ talian hayat penting jika benar-benar terdesak sahaja.

(Photo by Arfa Griffiths/West Ham United via Getty Image

Wani

Walaupun dianggap pengurus tidak berbakat, beliau sebenarnya menjadi watak penting dalam menyumbang idea walaupun ada yang tak boleh pakai.

Seorang yang beperwatakan energetic.

Kami anggap beliau adalah Maradona dalam bidang jurulatih, bukan Maradona sebagai pemain. Jurulatih yang kerap bercerita pasal idea. Ada idea yang baik.

Namun ada idea realisitik dan hasil yang agak mengecewakan.

Nayan

Seorang pengurus yang mesra dan bersikap suka membantu orang lain dalam apa jua keadaan dan di luar skop tugasan beliau.

Beliau kerap menyumbang idea namun seringkali tidak diterima. Tiada ada keupayaan yang tinggi dalam menyelesaikan masalah kritikal dan seringkali meminta bantuan orang lain.

Kami ibaratkan beliau adalah Bruno Genesio dalam arena pengurusan bola sepak.

Jurulatih yang sangat mudah terus meminta bantuan Presiden kelab apabila ada masalah terutama sekali isu masa depan pemain.

Isu perpindahan Lacazette ke Arsenal dan isu saga Nabil Fekir dikaitkan dengan Liverpool, beliau hanya merujuk dan meminta bantuan Jean Michel Aulas.

Penyokong Lyon sendiri kekadang tak dapat menerima pemilihan kesebelasan utama beliau merehatkan pemain yang sedang on form, yang kononnya atas alasan taktikal.

Pemain seperti Memphis Depay pernah bengang dengan beliau kerana diletakkan di bangku simpanan pada prestasi terbaik.

Cara beliau becakap memang penuh dengan istilah taktikal. Sebab itu penyokong Lyon menggelar beliau ‘Pep Genesio’.

Abe Li

Seorang yang mahu menjadi pemimpin dalam masa yang lama dengan falsafah pengurusan beliau.

Seorang yang ekonomis dan selalu memikirkan soal dana persatuan walaupun terpaksa ‘meng-ejas (adjust) dana’ sampai ke alam lain sekalipun.

Namun generasi muda menganggap beliau dah tak relevan dan memerlukan pimpinan yang baharu.

Kami boleh kata beliau adalah Arsene Wenger. Yang memimpin Arsenal sehingga 22 tahun. Seorang jurulatih yang sangat ekonomis dan memberikan keuntungan besar kepada kelab.

Wenger berhadapan dengan isu pengurusan era moden dari segi pengurusan taktikal permainan.

Penyokong Arsenal melancarkan kempen Wenger out secara global di seluruh dunia menganggap beliau sudah tak relevan pada era moden.

Solihin

Seorang yang memiliki kemampuan melakukan kerja yang banyak. Beliau seorang bomoh, guru silat, dan ejen pembaharuan cukai jalan serta lesen memandu.

Berhadapan dengan cabaran getir bertentang dengan Hantu Kak Limah. Namun beliau tetap mencuba juga. Beliau sentiasa cuba meyakinkan orang di sekeliling beliau bahawa keadaan adalah terkawal.

Jika pengurus kami anggap beliau sebagai Heimir Hallgrímsson yang melakukan banyak kerja selain daripada pengurus pasukan.

Beliau berhadapan dengan cabaran getir untuk berhadapan dengan gergasi bola sepak dunia yang lain dalam Euro 2016 dan Piala Dunia 2018.

Bapak Bunian

Seorang yang profesional, penuh falsafah dan sangat tenang dalam tugasan. Mementingkan diplomasi dan tidak mudah melatah.

Beliau ada kepimpinan yang dihormati di lapangan beliau. Walaupun sudah berusia, dan menyanyikan lagu keroncong, beliau tetap ada jiwa rock.

Jika pengurus bola sepak kami akan anggap beliau Marcelo Bielsa. Seorang yang tegas dan menjadi rujukan ramai pengurus terkemuka.

Bielsa juga ada pantang larang sendiri dalam tugasannya, antaranya tidak duduk di bangku simpanan pemain.

Beliau sentiasa percaya setiap orang dalam organisasi ada kuasa mereka tersendiri dan jangan sesekali melebihi ‘sempadan’.

Beliau pernah letak jawatan mengejut di Lille kerana ada pengurusan tak menghormati sempadan itu.

Sebelum itu ketika di Lazio, hanya selepas 2 hari menjadi pengurus, beliau meletak jawatan kerana pihak pengurusan tertinggi tidak mampu menandatangani walaupun seorang daripada 7 pemain sasaran beliau.

Di Lazio ketika itu, kuasa negosiasi dengan pemain adalah bukan di tangah ketua jurulatih.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN