Sukan Asia 2018: Ong Kim Swee Mahu Anak Buahnya Kawal Emosi

Semalam insiden pergaduhan ala ‘kung-fu’ mencemari perlawanan persahabatan di antara skuad Malaysia Bawah 23 (B-23) dengan Emiriah Arab Bersatu (B-23) di minit akhir sehingga memaksa perlawanan ditamatkan dengan segera.

Insiden itu berlaku ketika Malaysia mendahului 2-0 dan pergaduhan bermula apabila beberapa pemain serta pegawai UAE bertindak menyerang pemain kebangsaan, dipercayai berpunca daripada beberapa kekasaran yang dilakukan oleh pemain kedua-dua pasukan sebelum itu.

Pergaduhan itu berjaya dikawal oleh anggota keselamatan kira-kira dua minit kemudian.

Mengulas mengenai insiden tersebut, pengendali skuad negara, Datuk Ong Kim Swee tidak mahu kejadian yang serupa berulang lagi dalam saingan Sukan Asia dan memberi amaran kepada pemainnya agar bijak mengawal emosi mereka.

“Pemain perlu lebih pandai mengawal emosi mereka bila berhadapan dengan provokasi daripada pihak lawan, jika insiden ini berlaku semasa di Sukan Asia nanti ia akan merugikan kita,” katanya kepada Bernama.

Safawi Rashid menjaringkan gol pembukaan semalam. FOTO: FAM

Walaubagaimanapun tiada pemain yang mengalami kecederaan akibat daripada insiden tersebut dan Kim Swee dijangka akan mengumumkan 20 pemain terbaik yang akan mewakili negara di temasya itu ahad ini.

Ini merupakan kemenangan kedua mereka ke atas pasukan dari teluk arab selepas menewaskan Arab Saudi 1-0 di saingan AFC B-23 Tahun pada januari lalu. Insiden tersebut sememangnya dapat dijangka kerana menjadi kebiasaan pasukan UAE atau mana-mana pasukan dari Timur Tengah melakukan provokasi terhadap pasukan lawan apabila mereka ketinggalan.

“UAE merupakan pasukan yang berada di ranking lebih tinggi daripada kita, mereka tidak biasa ketinggalan, keadaan ini, provokasi sememangnya saya sudah jangka,” katanya.

Dalam saingan Sukan Asia nanti, skuad bawah 23 negara diletakkan dalam Kumpulan E bersama-sama Korea Selatan, Bahrain dan Kyrgyzstan. Sebelum ini, mereka tewas 1-2 kepada China dalam aksi persahabatan minggu lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN