Messi Kini Adalah ‘El Capitán’ Barcelona Yang Baharu

Lionel Messi kini sah dilantik sebagai kapten pasukan Barcelona yang baharu secara rasmi.

Perlantikan Messi adalah selepas Andres Iniesta memilih untuk meninggalkan Nou Camp untuk ke Jepun selepas tamat saingan La Liga pada musim lalu.

Messi pernah menjadi kapten Barcelona di dalam beberapa perlawanan sebelum ini, dan merupakan penolong kapten yang rasmi sejak 2015.

Manakala pemain tengah, Sergio Busquets akan dilantik sebagai penolong kapten, bersama-sama Gerard Pique dan Sergo Roberto beserta Messi akan membentuk sebuah kumpulan yang memimpin keseluruhan skuad bermula musim ini.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Semua pemain tersebut merupakan produk akademi La Masia sebelum beraksi bersama skuad utama Barcelona.

Sebagai kapten, Messi pasti berharap untuk menjulang trofi pertama pada Ahad akan datang apabila skuad kendalian Ernesto Valverde akan berhadapan Sevilla dalam perlawanan Supercopa Sepanyol.

Setelah kecewa di Piala Dunia yang lalu, Messi pasti mahu menebus kekecewaan tersebut dengan melalui musim  baru yang berjaya.

(Photo by Eric Alonso/Action Plus via Getty Images)

Musim lalu Barcelona hanya tewas satu perlawanan untuk bergelar juara La Liga. Gergasi Catalan itu juga bergelar juara berganda apabila turut menjuarai Copa del Rey pad musim lalu.

Selain aksi di peringkat domestik, Messi dan Barcelona pasti turut mahu mensasarkan UEFA Champions League yang didominasi oleh seteru utama, Real Madrid sejak tiga musim yang lalu.

Musim ini, Barcelona telah membawa masuk Malcom, Arthur, Clement Lenglet dan Arturo Vidal untuk menguatkan skuad sedia ada dalam menghadapi cabaran pada musim baru.

Barcelona akan membuka tirai musim baru pada 18 Ogos dalam perlawanan menentang Alaves.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN