Suhaizi Shukri Mengaku Tak Sengaja Sepak Fazly Mazlan

Suhaizi Shukri

Pengadil aksi suku akhir Piala FA antara Sabah dan juga Selangor, Suhaizi Shukri mengakui yang beliau bukannya sengaja menyepak pertahanan Gergasi Merah iaitu Fazly Mazlan ketika perlawanan berlangsung.

Dalam perlawanan yang menyaksikan Selangor menang itu, Suhaizi didapati secara terang-terangan menyepak Fazly sewaktu pemain itu sedang bercakap dengannya.

Keadaan dalam rakaman itu agak tegang kerana Fazly dilihat membantah dengan keras keputusan pengadil yang memberikan sepakan percuma kepada Sabah selepas pemain itu menjatuhkan Baddrol Bakhtiar.

Barang kali tidak senang dengan reaksi Fazly, Suhaizi kemudiannya menyepak pemain itu dengan kaki kanannya.

Pengadil Aksi Sabah-Selangor Sepak Fazly Mazlan Semasa Perlawanan

Insiden itu kemudiannya menjadi tular dan pastinya tindakan tegas mahu diambil terhadap pengadil tersebut.

Akan tetapi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memilih untuk tidak menghukum Suhaizi. Sebaliknya, hanyalah memberikan amaran keras kepadanya akan tindakan lebih teruk bakal diambil jika berlaku lagi.

Pada perspektif Suhaizi pula, beliau sememangnya tidak melakukan perkara itu dengan sengaja. Tetapi, bukanlah niatnya untuk sengaja menyepak Fazly ketika itu.

Beliau tidak berbuat demikian dengan sengaja kerana ianya berlaku apabila Fazly terpijak kakinya sebelum sepakan itu dihasilkan pengadil tersebut.

Jadi kes ini dianggap sudah pun ditutup dengan tiada tindakan diambil baik buat Suhaizi atau pun Fazly.

Perlawanan suku akhir Piala FA melibatkan Sabah dan Selangor berakhir dengan kemenangan 2-0 buat Gergasi Merah.

Jaringan dari Hyuri Henrique dan Herlison Caion memberikan slot untuk Selangor bertemu Terengganu di separuh akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN