‘Tiada Lagi Piemonte Calcio’ – EA SPORTS Umum Kembalinya Juventus Dalam FIFA 23

Juventus FIFA

Juventus telah sah akan kembali dalam permainan video FIFA 23 selepas menandatangani usaha sama dengan syarikat EA SPORTS.

Ekoran penamatan perjanjian pada 2019, Kelab gergasi Itali tersebut ‘hilang’ dalam edisi FIFA 20, 21 dan 22, lalu diberikan nama ‘Piemonte Calcio’ dengan logo, stadium dan jersi rekaan sendiri.

Perkara tersebut disahkan oleh Naib Presiden EA SPORTS FIFA, David Jackson yang berbesar hati untuk melihat kelab gergasi Itali itu kembali menyertai komuniti besar mereka.

“Kelab sensai ini amat bermakna buat kami dan peminat dan membolehkan EA SPORTS terus memberikan pengalaman bola sepak interaktif yang sebenar dan komprehensif dalam FIFA 23 dan edisi seterusnya,” ujar Jackson.

Ia pastinya berita gembira buat peminat permainan video FIFA terutamanya penyokong Juventus yang dapat menggunakan pasukan mereka dengan nama dan jersi sebenar yang turut menyaksikan kembalinya Stadium Allianz sebagai gelanggang rasmi.

Penyerang sensasi I Bianconeri, Dusan Vlahovic akan menjadi duta buat jenama permainan video berkenaan dan legenda kelab Claudio Marchisio pula akan menedapat Kad Hero FUT.

Vlahovic menyertai Juventus dari Fiorentina dengan harga €70  juta pada Januari lalu, namun gagal membantu kelab tersebut keluar dari prestasi buruk dan sekadar menamatkan saingan liga di tangga keempat.

Marchisio pula berkhidmat selama 13 tahun bersama Juventus dengan mengumpul tujuh kejuaraan Serie A selain dua kali mara ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2015 dan 2017.

“Kami berbangga dapat kembali pada pangkuan EA SPORTS,” ujar Giorgio Ricci, Ketua Pegawai Kewangan Juventus.

“Kerjasama dengan pihak mereka akan melangkaui konsep kerjasama tradisional. Kami akan bersama-sama dalam projek perkongsian demi masa hadapan untuk generasi baharu mengikut gelombang trend, budaya dan gaya hidup masa kini.”

“Kami memilih EA SPORTS untuk maju selangkah ke hadapan kerana perkongsian kerjasama ini selari dengan visi dan matlamat kelab. Kami berbesar hati untuk meneruskan perjalanan dengan jenama yang jelas berdasarkan keaslian, keunikan dan inovasi yang diterapkan oleh Juventus.”

Penyerang PSG, Kylian Mbappe sekali lagi menjadi ikon utama untuk edisi terbaharu, berdampingan dengan penyerang skuad wanita Chelsea, Sam Kerr.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN