Suffian Awang Harap Sri Pahang Mampu Beri Cabaran & Cipta Kejayaan Musim Ini

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang iaitu Datuk Mohammed Suffian Awang melihat kehadiran ramai pemain bintang berpengalaman musim ini mampu menjadi antara kekuatan terbaik buat pasukan tersebut dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Terdahulu, Sri Pahang menjadi antara pasukan paling aktif menandatangani khidmat beberapa pemain tempatan untuk mengharungi saingan musim 2024/2025.

Tampil di kedudukan kelima pada musim lalu bagi aksi Liga Super, pastinya Tok Gajah mempunyai impian untuk tampil lebih baik atau sekurangnya mempertahankan kedudukan tersebut pada saingan akan tiba.

Jika dilihat, pemain tempatan yang menyertai Sri Pahang musim ini rata-rata memiliki pengalaman cukup baik sepeti Adam Nor Azlin, Sean Selvaraj, dan Asnan Ahmad.

Malah, mereka turut mengekalkan tonggak tempatan berkualiti musim lalu seperti pemain naturalisasi kebangsaan dari Argentina, Sergio Aguero, Syazwan Andik, Azrif Nasrulhaq, Zarif Irfan dan ramai lagi.

Walaupun begitu, sehingga kini Sri Pahang hanya memperkenalkan seorang sahaja penyerang import baharu mereka dari Ukraine iaitu Mykola Ahapov.

Pemain tersebut telah pun diperkenalkan Sri Pahang beberapa hari lalu menerusi media sosial rasmi mereka dan mendapat reaksi cukup positif dalam kalangan peminat.

Apa tidaknya, beliau tampil dengan reputasi cukup baik terdahulu bersama kelab diwakili sebelum membuat keputusan pertama kali beraksi untuk Sri Pahang di Malaysia.

“Selamat datang Mykola Ahapov. Memperkenalkan pemain kelahiran Ukraine, Mykola Ahapov sebagai taruhan terbaharu barisan depan Sri Pahang.

“Pemain berusia 30 tahun ini menandatangani kontrak satu tahun bersama skuad Tok Gajah,” jelas laman rasmi Sri Pahang mengenai pemain tersebut.

Disebabkan itu, Suffian Awang menzahirkan keyakinan tinggi menerusi pembentukan para pemain berpengalaman antara muka lama dan baharu mampu memperkukuhkan Sri Pahang.

“Justeru, kelab mengharapkan gabungan pemain ini akan membantu ketua jurulatih (Fandi Ahmad) untuk meletakkan kedudukan terbaik dalam saingan Liga M yang bermula Mei depan.

“Segala-galanya dilihat mengikut perancangan dan Sri Pahang diharap memberi cabaran dan beroleh kejayaan pada musim baharu ini,” kata beliau menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Bawah kendalian Fandi, sudah tentu para penyokong mempunyai harapan lebih besar untuk melihat pasukan kesayangan mereka mampu untuk menjulang sekurangnya satu kejuaraan domestik pada saingan musim ini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN