‘Sudah Pulih’ – Akhyar Rashid Kembali Perkuat Terengganu

Pemain sayap lincah, Akhyar Rashid dilaporkan kini sudah pun pulih daripada kecederaan untuk kembali memperkukuhkan aspek serangan Terengganu pada siri perlawanan akan datang.

Terdahulu, Akhyar terpaksa melupakan hasrat untuk memulakan aksi lebih awal dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 bersama Terengganu selepas beliau perlu menjalani sesi rawatan akibat kecederaan dialami.

Kecederaan dialami pemain kelahiran Kedah itu selepas beliau diserang oleh dua individu tidak dikenali bersama objek keras sehingga mendatangkan kesan di bahagian kepala, tangan serta kaki.

Disebabkan itu, Tomislav Steinbruckner selaku jurulatih utama Terengganu terpaksa membuat rombakan baharu bagi mendapatkan pemain gantian baharu mengisi kekosongan ditinggalkan Akhyar pada perlawanan awal Liga Super dengan kemasukan Norhakim Hassan.

Apa tidaknya, Akhyar merupakan salah satu tunjang utama Sang Penyu ketika aksi pramusim lalu selepas beliau sah menyertai Terengganu menerusi status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Namun perkhabaran terbaharu jelas menjadi sesuatu positif buat peminat Sang Penyu apabila Akhyar kini sudah pun dibenarkan untuk turun dalam sesi latihan bersama rakan sepasukan lain.

Menurut Mohd Syahrizan Mohd Zain selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) kelab, pemain lincah itu kini sudah pulih daripada kecederaan di bahagian kepala serta kaki.

“Pemain itu (Akhyar) sudah pulih daripada kecederaan kepala dan kaki yang dialaminya. InsyaAllah dia akan menjalani latihan bersama rakan sepasukannya mulai esok (hari ini) selepas hampir dua minggu berehat.

“Kita harapkan pemain itu dapat fokus sepenuhnya ketika sesi latihan,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan terlebih dahulu oleh Harian Metro.

Tampil cemerlang pada beberapa perlawanan pramusim lalu, pastinya khidmat Akhyar kini kembali ditagih Steinbruckner untuk menambah sengat buat serangan skuad kendaliannya.

Apatah lagi pengganti Akhyar ketika perlawanan lalu, Norhakim Hassan tampil kurang menyakinkan untuk mengisi kekosongan ditinggalkan pemain berkenaan.

Pada aksi lalu, Sang Penyu berjaya mencipta kemenangan sulung musim 2024/2025 menerusi keputusan 3-1 ketika mereka mengatasi cabaran daripada Perak.

Mereka bakal meneruskan aksi kedua Liga Super selepas ini dengan pertemuan seterusnya menentang Penang di gelanggang lawan pada 19 Mei ini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN