Manuel Ott Hadapi Isu Penurunan Prestasi Dalam Karier Profesional?

Nama pemain import Terengganu, Manuel Ott antara yang menjadi perhatian kini selepas kualiti permainan ditampilkan beliau kurang memuaskan ketika aksi bertemu Perak beberapa hari lalu.

Walaupun Terengganu meraih kemenangan 3-1 mengatasi skuad kendalian Yusri Che Lah, secara keseluruhan beberapa pemain diberi kritikan oleh penyokong ekoran impak mereka tidak seperti diharapkan.

Ott turut tidak terkecuali daripada menjadi kritikan ramai kerana aksi beliau seolah tidak menjadi ketika membantu siri serangan Sang Penyu menjadi lebih baik sepanjang aksi berlangsung.

Menurut Ahmad Hafiz Ariff selaku salah seorang pemerhati bola sepak, beliau sendiri tidak pasti jika Ott mengalami penurunan daripada segi prestasi atau malam tersebut bukan sesuatu cukup baik untuk dihadapi pemain berkenaan.

“Tidak dapat dipastikan malam tadi ialah off day Ott ataupun dia sudah mengalami penurunan prestasi. Malam yang serba tidak kena untuk Ott yang beraksi di belakang Ismaheel Akinade.

“Beliau tidak mampu menjana gerakan serangan untuk TFC dan kerap kali hantaran yang ditujukan kepada Ott dipintas oleh pihak lawan akibat kedudukan beliau yang terlalu statik.

“Bermain sebagai seorang pemain nombor 10 memerlukan kecerdasan dalam mencari ruang dan skill teknikal yang yang baik kerana kedudukan pemain di posisi ini yang bermain di ruang yang sempit.

“Tapi Ott tidak mampu menonjolkan semua itu dan akhirnya ditukarkan pada separuh masa kedua. Dan memburukkan lagi keadaan, ada satu masa di separuh masa masa kedua, Ott tiba-tiba dirasuk semangat Zinedine Zidane dan cuba melakukan sesuatu yang ‘pelik’ serta menyebabkan dia kehilangan bola sehingga seterusnya dia terpaksa menjatuhkan lawan di dalam kotak penalti.

Penalti inilah yang disudahkan oleh Luciano dan menyebabkan game makin tidak seimbang untuk TFC dan mencatatkan sebagai bolos pertama pasukan TFC untuk musim ni.

“Ott kena segera bangkit dari prestasi ni atau mungkin tempat beliau di dalam pasukan akan digantikan dengan pemain lain. Bounce higher, Ott!” ulas beliau.

Ott menjadi antara pemain baharu diperkenalkan musim ini bersama Terengganu selepas beliau tampil selama satu tahun untuk mewakili Kedah Darul Aman (Kedah) selaku import dari Filipina.

Ini bukan kali pertama Ott bersama Terenggganu, kerana beliau sudah pun mewakili kelab berkenaan sejak beberapa musim lalu sebelum menyertai Kedah pada tahun 2023.

Beraksi di posisi tengah serangan, pastinya Steinbruckner mengharapkan beliau untuk menjadi lebih kreatif serta membantu serangan Sang Penyu tampil lebih berkualiti ketika mencipta peluang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN