Jawatankuasa Pengadil FAM: Rumusan Insiden ‘Retaliation’ Afiq Fazail Dan Kekasaran Sumareh

Dalam satu entri terbaru Intrprestasi Lawan Fakta Sebenar, siri 2, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Salleh telah memberikan penjelasan berhubung insiden Afiq Fazail dan Sumareh.

Ianya berlaku dalam perlawanan JDT menentang Pahang pada suku akhir ke-2 Piala FA.

Pengadil terlepas pandang situasi Afiq Fazail dan Sumareh

Subkhiddin menejelaskan, Afiq Fazail harus dikenakan tindakan keras kerana melakukan retaliation ataupun tindak balas tidak sepatutnya.

Ianya adalah kesalahan di bawah peraturan kekasaran yang serius atapun kelakukan yang memudaratkan (Serious foul play / Violent conduct).

Afiq Fazail melakukan tindakan pada keadaan tanpa bola (off ball situation), ataupun silap anggaran (misjudge).

Afiq Fazail telah menendang ataupun cubaan menendang Sumareh dalam perlawanan tersebut tanpa tujuan untuk memenangi bola.

Pengadil gagal mengambil tindakan!

Tambah beliau lagi:

“Jawatankuasa Penilai Pengadil yang bermesyuarat pada 25/04/2017, juga sangat kesal apabila Pengadil.”

“Pengadil bukan sahaja gagal mengambil tindakan terhadap kesalahan tersebut.”

“Malah lebih malang lagi apabila ‘kumpulan pengadil’ yang terdiri daripada Pengadil, Penolong Pengadil 1 dan Pegawai Ke-4 gagal mengenal pasti kesalahan yang dilakukan oleh dua lagi pemain dari pasukan yang berbeza iaitu:”

“Pemain Pahang (No 29 /Sumareh), telah menendang pemain JDT (No 4 / Afiq Fazail) ketika pemain tersebut terbaring di atas padang.”

“Pemain JDT (No 21/Afiq Fazail), menendang pemain Pahang (No 29) susulan tidak berpuas hati dengan tindakan pemain Pahang (No 29).”

Rumusan insiden ini adalah :

“Pengadil pada ketika ini berada pada posisi yang terlindung dan tidak dapat membuat keputusan yang tepat.”

“Untuk itu beliau memerlukan bantuan daripada Penolong Pengadil 1 dan pegawai keempat untuk mengesahkan perbuatan yang dilakukan oleh pemain JDT (No 4) terhadap pemain Pahang (No 26).”

“Bagaimanapun, kedua-dua pegawai tersebut gagal memberikan bantuan yang sewajarnya seperti yang diperlukan.”

“Jawatankuasa Penilai Pengadil bersependapat bahawa kedua-dua pemain tersebut telah bersalah kerana berkelakuan ganas (violent conduct) dan perlu dikenakan tindakan disiplin iaitu perintah keluar (Kad Merah).”

Subkhiddin: Peminat kini lebih memahami konsep retaliation

“Rumusan yang dapat saya perkatakan setelah berlakunya dua insiden yang berlaku sebelum ini adalah; sebahagian besar peminat telah berjaya memahami konsep kesalahan seseorang pemain yang melakukan perbuatan bertindak balas ‘retaliation’.”

:Semoga insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.”

Baca juga: UiTM Ikat PKNP 1-1, Shahrel Fikri & Akanni Sunday Terus Jaring Gol

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN