Subahan Kamal Mahukan Bola Sepak Menjadi Agenda Nasional

Dalam Forum No.10: Mengembalikan Kegemilangan Bola Sepak Malaysia, wakil kami turut serta di dalam program tersebut.

Forum yang dianjurkan oleh Kumpulan Utusan itu turut dihadiri oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal.

Dalam beberapa ulasan oleh media-media arus perdana yang lain, mereka banyak menulis tentang kenyataan Bakri Ibni yang mahukan jurulatih diperbetulkan dahulu sebelum mereka membetulkan pemain lain di peringkat akar umbi.

Namun kali ini kami memfokuskan kepada kenyataan daripada Datuk Seri Subahan Kamal yang menggariskan, kenapa bola sepak Malaysia susah untuk maju?

Berikut adalah ulasan kami tentang beberapa perkara asas yang digariskan oleh Datuk Seri Subahan Kamal.

1. Peminat Malaysia harus bersikap positif

Dengan perubahan puncuk pimpinan baru di dalam FAM, Datuk Subahan Kamal menyeru agar peminat bola sepak Malaysia berdiri di belakang Presiden FAM walaupun tidak sehaluan dalam beberapa perkara.

Beliau meminta agar kita semua ‘rally behind the President’ untuk menyokong usaha baginda di dalam memberikan pembaharuan dalam bola sepak Malaysia.

Selain itu, Datuk Subahan Kamal memberitahu, ramai peminat bola sepak memiliki persepsi dan stereotaip bahawa, semua orang yang mahukan jawatan di FAM itu atas agenda politik dan duit.

Beliau tidak menafikan hal itu, namun tidak semua yang mahukan jawatan di FAM ataupun di pucuk pimpinan bola sepak peringkat lain kerana agenda peribadi.

Tidak adil untuk orang seperti beliau yang mahu berada di dalam FAM dan pengurusan bola sepak kerana rasa cintanya kepada bola sepak tanah air.

2. Bermula dari bawah

Realiti bola sepak Malaysia adalah menyedihkan. Nak tak nak, kita harus bermula dari asas (scrath) sekarang atau tidak pernah bermula langsung.

Aspek yang harus diberikan perhatian adalah pembangunan dari peringkat awal dan akar umbi. Pemain harus diberikan teknik yang betul dari peringkat awal lagi.

Lim Kim Chon ketika menyertai NFDP.

Di peringkat pengurusan, FAM sudah menstruktur bahagian pengurusan dan cuba membentuk model pengurusan yang terbaik.

3. Sikap mahukan kejayaan segera

Datuk Seri Subahan Kamal juga mengkritik sikap tidak realistik segelintir peminat yang terlalu teruja dan tidak sabar.

Beliau berjanji akan memberikan terbaik bersama TMJ dalam penggal pentabdbiran mereka. Untuk membentuk kejayaan, ia memerlukan perancangan rapi dan peminat bolas sepak agar tidak terikut-ikut degan buaya mahukan kejayaan segera ini.

4. Dana

FAM berhadapan dengan masalah kekangan dana. Jadi dengan dana yang terhad mereka akan cuba sedapa upaya untu mengawal perbelanjaan dan pelaburan.

Kebergantungan kepada dana kerajaan bukanlah cukup. FAM masih perlu meneroka ke luar untuk mendapatkan sumber kewangan mereka. Banyak isu tertangguh cuba diselesaikan oleh FAM pada hari ini.

5. Penaja

Hujah ke-5 ini adalah rantaian daripada hujah di atas. Datuk Subahan Kamal ternyata kecewa dengan sikap syarikat besar-besar di Malaysia yang tidak mahu menglibatkan diri dalam bola sepak Malaysia.

Ada banyak syarikat besar yang memiliki duit yang sangat banyak. Begitu juga degan beberapa individu yang mampu memiliki kelab-kelab dengan kos operasi sehingga ratusan juta di Eropah.

Mereka sangat berkira untuk menaja bola sepak dan liga di negara Malaysia.

6. Bola sepak lebih dari sekadar sukan

Ibu bapa boleh memainkan peranan dalam membantu anak mereka yang ada bakat dan minat di dalam bola sepak dengan melihat bola sepak sebagai satu karier.

Sumber : FAM

Buat masa ini, sokongan ibu bapa kepada anak-anak masih belum cukup kuat. Ada yang menganggap, anak-anak yang aktif di dalam bola sepak akan membuang masa dan ‘membunuh’ masa depan mereka kerana mengabaikan pelajaran.

Mentaliti ini yang terus bercambah di dalam pemain itu sendiri. Walaupun mereka sudah bermain bola sepak secara profesional, masih ramai pemain kita yang tidak serius dalam membangunkan diri mereka dalam karier bola sepak.

Gaji yang besar tidak dilabur untuk membangunkan bakat diri sendiri.

7. Agenda nasional

Datu Seri Subahan Kamal merasakan bola sepak harus dijadikan agenda Nasional. Semua pihak melihat ia sebagai tanggungjawab nasional.

Ini termasuk syarikat dan individu yang berpengaruh dan kaya, cuba membantu bola sepak Malaysia atas dasar 1 Malaysia.

Selagi-lagi semangat ini tidak disemai, sampai bila-bila bola sepak Malaysia tidak akan maju.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN