Pergantungan Joey Barton Dikurangkan, Jalani Rawatan Psikiatri Rawat Ketagihan Judi

Bekas pemain tengah Burnley dan Newcastle United, Joey Barton menerima perkhabaran bahawa hukuman pergantungan daripada bermain bola sepak akibat daripada melanggar peraturan pertaruhan telah dikurangkan hampir kepada 5 bulan selepas membuat rayuan.

Hukuman pergantungan terhadap Joey Barton akan tamat pada 1 June 2018. Tarikh asal tamat hukuman pergantungan tersebut ialah pada 25 Oktober 2018.

(Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Pemain tersebut mulai menjalani hukuman pergantungan pada April lalu selepas didakwak oleh FA kerana melanggar peraturan melibatkan pertaruhan perlawanan bola sepak.

Joey Barton dilaporkan telah bertaruh sebanyak 1260 kali dalam perlawanan di antara tarikh 26 Mac 2006 sehingga 13 Mei 2016.

Barton yang mengaku mempunyai ketagihan terhadap aktiviti perjudian kemudiannya membuat rayuan supaya tempoh hukuman gantung daripada bermain bola sepak dikurangkan.

Pemain tersebut menganggap tempoh hukuman tersebut sebagai terlampau lama.

Jawatankuasa Rayuan di FA berkata hukuman asal terhadap Barton dipinda selepas mengambil kira laporan daripada pakar psikiatri yang merawat pemain tengah tersebut.

Hukuman sebelum ini mengambil kira tahap ketagihan Barton terhadap perjudian, sebelum beliau diarahkan untuk menjalani rawatan bersama pakar psikiatri.

(Photo by Steve Welsh/Getty Images)

Kenyataan daripada pihak FA menyebut pindaan terbaru untuk hukuman pergantungan yang dijatuhkan terhadap Joey Barton memberi refleksi kepada tahap ketagihan Barton terhadap perjudian.

Di sebalik pengurangan tempoh hukuman pergantungan tersebut, denda asal berjumlah £30,000 masih dikekalkan.

Joey Barton turut dilepaskan oleh majikannya Burnley pada Mei lalu susulan kes ini.

Di England, kesemua pemain yang beraksi di kesemua lapan aras liga bola sepak negara berkenaan dilarang terbabit di dalam sebarang pertaruhan membabitkan bola sepak.

(Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Bekas pemain Manchester City dan turut pernah tampil bersama England dalam perlawanan antarabangsa itu menyertai Burnley selepas meninggalkan pasukan Liga Perdana Scotland, Rangers.

Ini bukanlah kali yang pertama Joey Barton terpalit dengan isu pertaruhan.

Pada November 2016, Barton telah digantung satu perlawanan kerana melanggar peraturan Persatuan Bola Sepak Scotland berkaitan isu pertaruhan.

Barton mengakui perbuatannya itu, melakukan 44 pertaruhan di antara 1 Julai sehingga 15 September 2016 ketika berada di Ibrox.

Sumber:

1. BBC Sports (2017): Joey Barton has football ban reduced by almost five months after appeal; http://www.bbc.com/sport/football/40746853

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN