Subahan Kamal: “Beri Sahaja Jawatan Presiden Kepada Hamidin, Tak Perlu Dipertandingkan”

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal berpendapat yang jawatan Presiden baru FAM sepatutnya tidak perlu dipertandingkan.

Jawatan tersebut sebelum ini dikosongkan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meletak jawatan pada 25 Mac lalu.

Sebelum melepaskan jawatan itu, TMJ mencadangkan agar Datuk Hamidin Mohd Amin dipilih menjadi Presiden FAM yang baru.

FAM akan mengadakan kongres ke-54 badan induk bola sepak tersebut pada Julai ini.

Ada 3 calon berada dalam senarai perebutan kerusi panas itu iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin, Datuk Seri Mohd Azim Mohd Zabidi dan Tan Sri Annuar Musa.

Namun buat masa ini, hanya Datuk Hamidin sahaja yang sudah mengesahkan pencalonan beliau. 2 calon lagi masih belum berbuat demikian. Hal itu disahkan sendiri oleh pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi.

Mereka masih ada masa sehingga 14 Jun ini untuk berbuat demikian. Datuk Wira juga akan menghubungi 2 calon tersebut dalam masa terdekat ini kerana masih belum ada kemaskini status mereka tentang perkara tersebut.

Bercakap kepada media dalam majlis berbuka puasa FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata:

“Biarlah FAM ini bagi kepada Hamidin yang telah lama dan berpengalaman. Kalau beliau tidak boleh bawa tugas itu, baharulah kita buat pertandingan lain.”

Beliau juga menyatakan yang majoriti exco dalam FAM mahukan Datuk Hamidin menjadi Presiden FAM.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN