“Suatu Hari Nanti” – Rooney Pasang Impian Untuk Bergelar Pengurus Manchester United

Wayne Rooney Manchester United

Legenda Manchester United, Wayne Rooney mendedahkan keinginnanya untuk menjadi pengurus kelab tersebut pada masa akan datang dan menegaskan ia merupakan sebab utama mengapa beliau masuk ke dunia pengurusan bola sepak.

Namun perkara tersebut bukanlah rahsia memandangkan beliau sudah beberapa kali menyebut tentang impiannya untuk membimbing The Red Devils, malah sebelum bersara lagi.

Rooney mula berjinak-jinak dalam bidang kejurulatihan apabila menyertai Derby sebagai pemain merangkap jurulatih pada 2020 dan kemudian dilantik pula sebagai pemain merangkap pengurus secara interim.

Akhirnya beliau telah dilantik selaku pengurus sepenuh masa dan mengambil keputusan untuk menggantung but.

Berusia 36 tahun, Rooney telah pun mencipta impak yang cukup besar di Pride Park dalam keadaan sukar di mana masalah kewangan yang melanda mengakibatkan Derby dihukum pemotongan 21 mata dalam Liga Kejuaraan.

Walaupun Derby County Menuju Kehancuran, Tapi Rooney Masih Setia Di Sisi

Namun Derby telah pun mengumpul 25 mata selaps mencatat 11 kemenangan dan 13 seri dari 39 perlawanan dengan tujuh perlawanan berbaki menjelang penghujung musim ini.

“Sebab utama kenapa saya masuk ke bidang pengurusan adalah Manchester United. Saya juga ada dapat tawaran temuduga jawatan pengurus di Everton, ujar Rooney dalam temubualnya bersama The Sun.

“Saya memang berhasrat untuk menjadi pengurus Manchester United. Tapi saya sedar saya belum bersedia lagi sekarang, tetapi saya perlu membuat merancang segalanya bagi memastikan satu hari nanti ia akan menjadi kenyataan.

Rooney menjelaskan keputusannya untuk menolak tawaran kelab semasa remajanya Everton pada Januari lalu adalah kerana menghormati kontraknya di Derby dan menganggap masih ada tugasan yang belum diselesaikan.

“Saya percaya satu hari nanti saya kan menjadi pengurus kelab Liga Perdana Inggeris (EPL). Saya percaya saya akan bersedia untuknya, 100 peratus,” tambahnya lagi.

“Jika ianya adalah bersama Everton satu hari nanti, ia juga akan menjadi sesuatu yang hebat. Tetapi sekarang ini tugas saya di Derby adalah amat penting buat saya.”

Rooney merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester United dengan 253 gol dari 559 penampilan, mengatasi rekod Sir Bobby Charlton yang telah bertahan selama 43 tahun. Beliau juga telah mengumpul 12 kejuaraan dalam 13 musim.

Man United ketika ini masih dalam proses untuk melantik pengurus tetap yang baharu. Difahamkan pihak pengurusan telah pun menemuduga Erik ten Hag selin menyenaraikan beberapa calon berpontensi lain seperti Mauricio Pochettino, Julen Lopetegui dan Luis Enrique.

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN