“Kami Akan Lakukan Segalanya” – Alioski Beri Amaran Kepada Cristiano Ronaldo Dan Portugal

Pemain pertahanan North Macedonia, Ezgjan Alioski telah memberi amaran kepada skuad Portugal dan Cristiano Ronaldo sendiri, yang mereka bakal lakukan apa saja untuk layak ke Piala Dunia.

Beliau dalam kenyataannya mengakui tentang kehebatan pemenang lima kali anugerah Ballon D’or itu, namun pada masa sama turut menegaskan yang North Macedonia akan lakukan apa saja untuk mencapai cita-cita mereka.

North Macedonia berjaya menewaskan Itali di peringkat separuh akhir pusingan play-off kelayakan Piala Dunia Qatar kemarin.

Ramai yang sangat terkejut ketika melihat bagaimana pasukan underdog seperti North Macedonia mampu menewaskan pasukan gergasi dunia bola sepak seperti Itali.

Gol jaringan Aleksander Trajkovski sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan 1-0 North Macedonia menewaskan Juara bertahan Euro 2020 itu.

Portugal sementara itu berjaya menewaskan Turki 3-1 dalam satu lagi perlawanan di peringkat separuh akhir pusingan play-off dengan kemenangan itu membawa mereka ke aksi perlawanan akhir play-off bertemu North Macedonia.

Otavio, Diogo Jota dan Matheus Nunes berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol untuk skuad Portugal, sementara gol saguhati Turki pula dijaringkan oleh Burak Yilmaz.

Kedua-dua Portugal dan North Macedonia akan bertemu satu sama lain untuk menentukan siapa yang bakal mengesahkan tempat layak ke Piala Dunia Qatar nanti.

Tidak pernah beraksi di pentas Piala Dunia sebelum ini, North Macedonia sangat bertekad mahu mencipta sejarah tersendiri pada minggu ini.

Pemain left back utama pasukan, Alioski turut memberi amaran kepada Portugal yang skuadnya sudah bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat tempat layak ke Qatar.

Bercakap kepada media Switzerland, Alioski mendedahkan bahawa:

“Kami sudah menyingkirkan pasukan hebat seperti Itali, Juara Eropah, dan kami masih belum dapat tempat untuk ke Piala Dunia. Kami bertekad mahu capai cita-cita kami dan kami akan lakukan apa saja untuk pastikan ia menjadi kenyataan.”

Pemain berusia 30 tahun itu memuji Cristiano Ronaldo atas keupayaan beliau bermain di pentas tertinggi untuk tempoh selama dua dekad.

Walau bagaimanapun, Alioski percaya yang beliau bersama rakan sepasukannya tidak akan mengalah dan akan terus berjuang untuk mencatat kemenangan.

“Dia sudah bermain di tahap tertinggi untuk tempoh hampir 20 tahun. Secara dasarnya dia ada matlamat untuk layak ke Piala Dunia. Kami tak mahu rosakkan hidup dia, tapi kami mahu capai impian kami.”

Pertembungan antara kedua-dua pasukan itu akan dilangsungkan di Estadio do Dragao di Portugal, yang mana ia bakal menjadi masalah juga untuk skuad North Macedonia.

Cristiano Ronaldo ketika ini sangat diharapkan untuk mampu lakukan sesuatu walau beliau gagal menjaringkan gol ketika aksi kemenangan bertemu Turki sebelum ini.

Bintang Manchester United itu jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya ketika bertemu Turki sebelum ini.

Beliau berjaya dikawal oleh pemain pertahanan Turki, dan sukar sebenarnya untuk melihat beliau mampu memiliki kesempatan terbaik sepanjang perlawanan tersebut.

Sepanjang tempoh berada di atas padang, beliau hanya mampu mencipta dua percubaan tepat dan salah satu percubaan beliau sekadar terkena palang.

Beliau turut terlepas dua kesempatan emas untuk menjaringkan gol dengan Cristiano Ronaldo turut mencatatkan 11 kali hilang penguasaan bola dalam perlawanan tersebut.

North Macedonia mungkin boleh cuba mengikuti jejak langkah bagaimana cara pertahanan Turki memastikan Cristiano Ronaldo tidak mendatangkan ancaman.

Cristiano Ronaldo sudah tentu mahu layak ke pentas Piala Dunia memandangkan edisi Qatar berkemungkinan akan jadi edisi terakhir untuknya.

Sementara North Macedonia pula, selepas menyingkirkan Itali, semangat mereka untuk mencipta sejarah semakin membuak-buak dan sudah tentu mereka bakal lakukan apa sahaja untuk kecewakan Portugal.

Satu hal yang pasti, pertembungan antara kedua-dua pasukan ini sudah tentu bakal menyajikan aksi yang menarik dan sangat menghiburkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN