Suarez Namakan Ramos, Thiago Silva Dan Godin Sebagai Pertahanan Paling Sukar

Luis Suarez menamakan Sergio Ramos, Thiago Silva dan Diego Godin sebagai pertahanan paling sukar yang pernah dihadapinya dalam satu temu ramah ringkas bersama media Uruguay.

Penyerang prolifik Barcelona ini turut memberitahu beliau berminat untuk bermain sebagai penjaga gol jika tidak bermain sebagai penyerang.

Tak hairanlah beliau memilih untuk menepis bola rembatan pemain Ghana, Dominic Adiyiah semasa perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010.

Ketika ditanya pasukan paling sukar pernah dihadapinya, Suarez menjawab – Jerman semasa perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia 2010. Jerman menang 3-2 dalam perlawanan tersebut.

#MinutoCeleste con Luis SuárezEl goleador histórico de la Celeste, Luis Suárez, respondió tus preguntas en un #MinutoCeleste.Gracias a todos los que han participado a través del Facebook de la AUF.

Posted by AUF – Selección Uruguaya de Fútbol on Tuesday, March 29, 2016

Berikut adalah terjemahan temu ramah beliau yang dikendalikan dalam bahasa Sepanyol.

“Bagaimana anda perkenalkan diri anda dengan satu perkataan?”
Baik hati.

“Apa posisi yang anda akan main jika bukan sebagai penyerang?”
Penjaga gol.

“Jika anda bukan pemain bola sepak, apa pekerjaan anda?”
Penyanyi.

“Siapa idola bola sepak anda?”
(Gabriel) Batistuta.

“Pasukan paling sukar yang pernah anda main dengan Uruguay?”
Jerman semasa Piala Dunia 2010.

“Apakah judul buku terakhir yang anda baca?”
Crossing The Line oleh Luis Suarez (bukunya sendiri).

“Apakah pencapaian terhebat anda?”
Jumpa isteri saya yang beri kestabilan dan ketenangan dalam hidup.

“Apakah filem kegemaran anda?”
Titanic.

“Muzik dari artis mana yang anda selalu dengar?”
Marama (kumpulan muzik dari Uruguay).

“Konsert mana yang anda pernah pergi?”
Mana (kumpulan rock dari Mexico), Beyonce dan The Killers.

“Pemain Uruguay yang sudah bersara yang paling anda rindu untuk bermain bersama?”
(Sebastián) Abreu dan (Diego) Forlan.

“Alat permainan semasa kecil yang anda paling suka?”
Pemain bola yang diperbuat daripada manila kad.

“Pemain pertahanan yang paling sukar pernah anda lawan?”
Sergio Ramos, Thiago Silva dan (Diego) Godin.

“Jurulatih terbaik yang pernah anda berkhidmat?”
Miguel Lasante dan maestro (Oscar) Tabarez.

“Siapa orang yang paling anda suka di luar bola sepak?”
Anak-anak saya.

Baca juga: Uruguay Kalah Lagi Dan Ini Reaksi Luis Suarez Sebagai Keyboard Warrior

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN