4 Komen Utama Penyokong Malaysia Selepas Seri 0-0 Dengan Pasukan Semi-Pro Macau

Selepas seri 0-0 dengan Macau semalam, pasukan kebangsaan menerima kecaman penyokong bola sepak tempatan sekali lagi.

Menentang pasukan ranking ke-195 dunia yang dianggotai oleh pemain semi-pro, perlawanan menentang Macau ini sepatutnya menjadi medan bagi Datuk Ong Kim Swee untuk menaikkan moral pemain skuad kebangsaan dan memperbaiki ranking.

Datuk Ong Kim Swee pastinya beranggapan apabila pasukan kebangsaan menang dan ranking naik, penyokong bola sepak tempatan akan gembira.

Berdasarkan komen penyokong bola sepak tempatan selepas sekadar seri 0-0 dengan Macau semalam, kami boleh simpulkan Datuk Ong Kim Swee tersilap tafsir kehendak mereka.

Berikut adalah 5 komen utama penyokong bola sepak tempatan yang perlu difahami betul-betul oleh Datuk Ong Kim Swee:

1. Penyokong tak pedulikan keputusan

Pepatah orang putih mengatakan, apabila anda berada di bawah (rock bottom), anda tidak mempunyai mana-mana arah untuk dituju selain ke atas.

Berada di ranking ke-166 dunia, Malaysia boleh dikatakan sudah berada di bawah.

Untuk naik ke atas, kita perlu mengubah sesuatu. Jika kita masih bermain dengan corak permainan sama, kita akan kekal di takuk lama.

Sebab itulah Albert Einstein mendefinisi gila sebagai – tabiat melakukan sesuatu perkara dengan cara sama berulang-ulang kali, dan mengharapkan keputusan yang berlainan.

Penyokong Malaysia sudah lama tidak pedulikan keputusan perlawanan. Mereka hanya mengharapkan ada perubahan pada corak permainan pasukan kebangsaan.

Inilah yang gagal difahami oleh Datuk Ong Kim Swee. Baginya, keputusan perlawanan yang positif bakal menggembirakan penyokong. Sedangkan penyokong Malaysia lebih rela melihat pasukan kebangsaan kalah, asalkan mereka bermain dengan cara yang baru dan betul.

2. Penyokong mahukan pembaikan taktikal, bukannya tiki taka

Dalam sidang media pra-perlawanan menentang Macau semalam, Datuk Ong Kim Swee jelas menyatakan pendekatan pragmatisme dalam perancangan taktikalnya dengan berkata:

“Kita akan bermain mengikut kekuatan pasukan lawan. Saya faham semua mahu lihat satu permainan yang cukup menarik.”

“Kalau boleh kita nak main juga macam Barcelona, tiki taka. Tapi seperti yang saya katakan, Arab Saudi dan Macau memiliki kekuatan berbeza.”

Datuk Ong Kim Swee perlu faham. Sebagai penyokong, kami mahukan taktikal pasukan kebangsaan diperbaiki. Bukannya ditukar terus menjadi tiki taka.

Hanya penyokong yang dangkal ilmu taktikalnya akan semberono meminta anda menerapkan falsafah tiki taka dalam taktikal pasukan kebangsaan.

Tiada salahnya jika Datuk Ong Kim Swee mahu menjadi jurulatih yang pragmatik.

Tetapi sebagai jurulatih, beliau perlu memperbaiki cara kita menyerang balas jika kita menentang pasukan kuat. Arab Saudi dapat menjaringkan gol pertama bukannya kerana kita menyerang. Sebaliknya kerana kegagalan kita melancarkan serangan balas.

Jika kita menentang pasukan lemah seperti Macau semalam, beliau perlu memperbaiki cara pemain-pemain tengah mengawal tempo dan melakukan ball circulation sehingga ada ruang yang muncul di kubu Macau.

Bukannya tiki taka.

Beliau juga perlu memperbaiki cara pemain-pemain kita membuka unit pertahanan yang kompak dan padat. Selain Azrif Nasrulhaq dan Matthew Davies yang sentiasa dinamik, kebanyakan pemain lain hanya statik dan menunggu bola.

Bukannya tiki taka.

3

3. Kualiti teknikal pemain masih rendah

Satu lagi komen utama penyokong selepas perlawanan semalam adalah kualiti kemahiran teknikal pemain pasukan kebangsaan.

Ada juga yang menyalahkan kegagalan pemain melakukan keputusan yang betul pada masa yang betul.

6

Penyokong taklah terlalu naif untuk menyalahkan Datuk Ong Kim Swee atas kegagalan kemahiran teknikal dan mental pemain kerana ini adalah salah jurulatih akar umbi yang melatih pemain-pemain kita.

Sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee sudah sepatutnya mula bersuara mengenai kepincangan kualiti jurulatih akar umbi kita yang rendah.

Beliau juga perlu menegur mana-mana jurulatih akar umbi yang sombong dan tak mahu belajar ilmu-ilmu kejurulatihan yang baru.

4. Pasukan tiada penyerang berkualiti

Kredit kepada Norshahrul Idlan Talaha kerana mempamerkan persembahan yang agak memuaskan. Menurut laporan FourFourTwo, beliau masih mampu memberikan larian yang berbahaya meskipun baru bermain dalam perlawanan antarabangsa pertamanya pada tahun 2016.

Ketika ramai penyokong menempelak penyudah Amri Yahyah yang tumpul di depan gol, ada juga penyokong yang lebih realistik dalam penilaian mereka.

Amri dan Norshahrul kedua-duanya bukanlah penyerang tulen yang mampu diharapkan untuk menjaringkan 20 gol semusim. Semua penyokong tahu gaya permainan mereka lebih sesuai sebagai second striker atau attacking midfielder.

Krisis kemarau penyerang tempatan ini selalu dibangkitkan oleh penyokong bola sepak tempatan sebagai respons terhadap kecenderungan pasukan Liga Super yang gemar menggunakan penyerang import.

Tetapi apakah tindakan Datuk Ong Kim Swee untuk mengatasi masalah ini? Pernahkah beliau bersuara di media? Pernahkah beliau menegur pasukan Liga Super?

Baca juga: 5 Pengajaran Penting Daripada Lim Teong Kim Semasa Forum Bola Sepak Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN