Luis Suarez: Lautaro Martinez Seharusnya Kekal Di Inter Milan

Lautaro Martinez

Bekas penyerang Inter Milan dan Barcelona, Luis Suarez (bukan pemain kebangsaan Uruguay) menggesa bintang muda I Nerazzurri, Lautaro Martinez supaya terus kekal di kelab tersebut meskipun beliau mendapat perhatian khusus daripada skuad kendalian Quique Setien itu.

Sejak akhir-akhir ini nama penyerang berusia 22 tahun itu sentiasa dikaitkan dengan gosip perpindahan ke Nou Camp yang dikatakan bakal menjadi pengganti buat Luis Suarez bagi mengisi tugas peledak The Blaugrana.

Beliau yang bergandingan baik dengan Romelu Lukaku telah berjaya menjaringkan 16 gol dalam 31 perlawanan bersama Inter Milan. Keadaan itu nyata turut mencuri perhatian Setien.

Setien dalam satu laporan sebelum ini tanpa berselindung turut mengakui bahawa Lautaro Martinez adalah merupakan seorang pemain yang hebat.

”Dia merupakan seorang pemain yang penting, hebat dan Barcelona sentiasa berminat untuk mendapatkan pemain hebat.”

Penjelasan yang diberikan pengendali berusia 61 tahun itu nyata menghangatkan spekulasi mengenai minat Barcelona terhadap Martinez.

Embed from Getty Images

Namun bagi pemenang Ballon d’Or 1960 itu, beliau beranggapan Martinez tidak seharusnya memilih untuk meninggalkan kelab dalam saingan Serie A tersebut.

”Jika saya berada di tempatnya, saya tidak akan menukar pasukan,” ujar Suarez menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Membuat keputusan sama ada untuk terus kekal bersama pasukan atau tidak merupakan satu keadaan yang cukup sukar untuk dilakukan, sekiranya Messi yang menghubunginya, ia akan menjadi mudah untuk memikirkan tentang perkara itu.”

”Bagaimanapun, kita bercakap tentang seorang pemain yang masih sangat muda dan dia mempunyai begitu banyak masa untuk menikmati cabaran lain pada masa akan datang,” tambah Suarez lagi.

Kredit featured image: Alex Caparros/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Lautaro Martinez

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN