Pemain tengah negara, Stuart Wilkin amat yakin dengan setiap pemain yang diturunkan dalam mana-mana perlawanan kerana mereka sudah mengetahui peranan di atas padang dan apa perlu dilakukan jika kehilangan bola.
Dalam perlawanan tersebut, barisan serangan Thailand berjaya mengkucar-kacirkan sistem pertahanan Malaysia sehingga ada beberapa pemain dilihat kehilangan posisi namun rakan sepasukan lebih pantas untuk mengawal kembali situasi tersebut.
“Ya kami sudah berada bersama-sama hampir 14 hari dalam kejohanan ini, semua orang sudah faham dengan peranan masing-masing.
“Bagi saya, rasa smua orang ambil itu satu tanggungjawab dalam pasukan dan akan terus bagi persembahan terbaik. Semua orang sudah yakin dan bersedia diturunkan pada bila-bila masa,” katanya.
Menurut beliau, biarpun jurulatih Kim Pan-gon sering menukar pemain dalam kesebelasan utama dan taktikal dalam menghadapi lawan, semua itu tidak menjejaskan fokus pemain dan semua begitu cepat menerima arahan seperti mana jurulatih inginkan.
The ball control, the turn, the shot 🤩
𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 𝗟𝗜𝗩𝗘: https://t.co/LEJANHpjNL#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger | #MASvSGP pic.twitter.com/BilnbTxTPQ
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 3, 2023
Stuart yang menjadi tonggak penting ketika berhadapan Singapura dengan meledak dua jarngan peribadi dalam perlawanan itu terus memainkan peranan penting ketika berhadapan Thailand malam tadi dan berjaya membantu barisan pertahanan negara dari dibolosi.
Pada masa sama, pemain bertubuh tinggi lampai akui sedikit kecewa apabila jaringan kedua Malaysia dibatalkan, namun itu adalah keputusan muktamad daripada pengadil dan sudah pasti ia tidak boleh diubah selepas perlawanan.
Pemain muda ini juga sedar pasukan kebangsaan akan menghadapi tentangan sengit di Thailand nanti, namun beliau menyeru kepada kesemua pemain untuk terus fokus dan melakukan sebaik mungkin untuk mencatat keputusan positif dalam perlawanan itu.