Stuart Wilkin Ada Misi Peribadi Untuk Aksi Bertemu Papua New Guinea

Stuart Wilkin merupakan antara pemain yang dibawa turun pada aksi lalu membabitkan skuad kebangsaan ketika menewaskan cabaran Kepulauan Solomon untuk aksi persahabatan antarabangsa.

Selepas cemerlang beraksi ketika saingan Piala AFF lalu, Wilkin sekali lagi mencuri perhatian Kim Pan-gon untuk dipanggil menyarung jersi kebangsaan selepas konsisten bersama Sabah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Hasil kepercayaan diberikan oleh Kim nyata tidak sia-sia, selepas pemain tengah ini mempamerkan corak permainan cukup baik untuk mengawal posisi tengah daripada dikuasai lawan.

Malah, Wilkin menjadi pemain yang sangat aktif untuk berada di segenap kawasan bagi menerima bola serta membuat hantaran-hantaran ke depan.

Untuk aksi seterusnya berdepan Papua New Guinea, Wilkin mempunyai misi tersendiri beliau sekiranya pemain ini dibawa turun beraksi dalam kesebelasan utama.

Jelas Wilkin, misi pertama beliau adalah mengharapkan skuad kebangsaan dapat menampilkan corak permainan lebih baik untuk aksi seterusnya yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.

Seterusnya, Wilkin secara peribadi juga mahu meningkatkan lagi corak permainan beliau di atas padang sekiranya mendapat peluang dalam kesebelasan utama seperti aksi lalu ketika bertemu Kepulauan Solomon.

“Persiapan pasukan semuanya bagus dan berjalan lancar daripada segi latihan mental dan taktikal bawah kendalian ketua jurulatih, Kim Pan-gon, apa yang kami harapkan perlawanan kedua itu pastinya mahukan peningkatan dalam semua aspek, kami akan lihat permainan mereka dan mencari ramuan untuk menewaskan pasukan itu.

“Kedua secara peribadi, saya juga mahu tingkatkan lagi kualiti permainan pada aksi persahabatan kedua nanti selepas diberi peluang membarisi kesebelasan utama pada aksi pertama minggu lalu.

“Namun saya sedar, sememangnya ramai pemain tengah yang berkualiti di Malaysia sekali gus menyaksikan persaingan yang begitu sihat dan sukar bagi saya untuk merebut tempat, namun apapun saya akan berikan yang terbaik dan sepenuhnya untuk negara jika diberi peluang,” kata Wilkin menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Wilkin tetap menganggap Papua New Guinea sebagai lawan yang sukar untuk dihadapi, walaupun kedudukan ranking lebih berpihak buat skuad kebangsaan ketika ini.

“Atas kertas ranking dunia kita lebih baik iaitu di kedudukan ke-138 berbanding lawan di kedudukan ke-159, namun mereka pasti hadir dengan corak permainan berbeza selain faktor fizikal mereka.

“Kami tekad peragakan aksi terbaik, harapan seluruh peminat setia pastinya tinggi mahukan kemenangan lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

“Jadi kami akan letakkan harapan itu sebagai cabaran utama dalam setiap perlawanan walaupun sedar ianya bukan perlawanan yang mudah, kami akan berusaha keras mengikut perancangan jurulatih bagi memastikan kemenangan berpihak kepada skuad Harimau Malaya,” katanya lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN