Sekilas Liga M3: SAINS Buatkan KL Rovers Terjatuh Dari Kedudukan Teratas

Liga M3

Minggu ke-10 Liga M3 menyaksikan lebih banyak lagi drama disaksikan oleh pasukan-pasukan bertanding untuk terus mendaki kedudukan teratas.

Pelbagai keputusan menarik berjaya dicatatkan oleh pasukan-pasukan bertanding namun tumpuan jelas terarah kepada saingan sengit melibatkan kelompok atas carta liga.

Tumpuan jelas terarah kepada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi apabila SAINS bertemu pendahulu liga iaitu KL Rovers.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Aksi sengit yang ditonjolkan kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri dengan KL Rovers mendahului hasil jaringan Gopi Rizki pada minit ke-14.

KL Rovers semakin menunjukkan kehebatan mereka sebagai pendahulu liga apabila menambah jaringan pada separuh masa kedua menerusi sepakan penalti Amer Saidin.

Namun begitu, kehebatan mereka dibayangi oleh SAINS yang berjaya bangkit pada minit-minit akhir permainan menerusi gol daripada Khaizil Jasmi pada minit ke-73.

Firdaus Azizul kemudiannya melengkapkan kebangkitan SAINS menerusi gol pada minit ke-82 untuk meranapkan impian KL Rovers terus menerajui liga.

Keputusan seri itu memberikan kelebihan buat Harini apabila mereka berjaya membenam cabaran Malaysia University.

Gol oleh Nazri Aiman buat Malaysia University dipadamkan oleh Zulkiffli pada minit ke-65 sebelum Khyrill Muhymeen meletakkan Harini di depan.

Kemenangan Harini disahkan oleh jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-84 untuk meletakkan Harini di puncak Liga M3.

Sementara itu, Armed Forces mencatatkan kemenangan minit akhir ke atas Melaka dengan jaringan 1-0.

Gol oleh Venice Delphi pada minit ke-90+4 membuatkan Melaka gigit jari dan tidak berjaya mendapatkan kemenangan di tempat lawan.

Berikut merupakan keputusan-keputusan lain bagi minggu ke-10 Liga M3:

  • Bukit Tambun 2-1 Perlis United (Fauzi Kadar 45+2′, Husnul Irsai 53’/Amir Adha 9′)
  • BRM 0-5 PIB (Azizul Baharuddin 14′, Alif Haikal 23′, 56′, Adam Shafiq 61′, Farez Aiman 90+2′)
  • Manjung City 3-0 Naga Ultimate (Awang Muhammad 17′, Afeeq Iqmal 23′, Syamin Baharuddin 45+2′)
  • Imigresen 5-0 Sarawak United (Hazim Zaid 26′, Azim Rahim 41′ 82′, Naaim Firdaus 63′, Syahmim 80′)

Hilang penguasaan di puncak

Dengan keputusan seri yang diraih oleh KL Rovers menentang SAINS, ia telah membuatkan mereka kehilangan kedudukan sebagai pendahulu liga.

KL Rovers kini telah dipintas oleh Harini menerus perbezaan jaringan dengan kedua-dua pasukan terikat 23 mata.

Namun begitu, kelebihan tetap memihak kepada KL Rovers yang kini mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Bukit Tambun pula kini mengekori rapat ditangga ketiga dengan perbezaan dua mata selepas menewaskan Perlis United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN