Stuart Wark Ingin Keputusan Positif, Mahu Ranapkan Impian Terengganu Ke Separuh Akhir

Stuart Wark

Pertahanan Sarawak United, Stuart Wark ingin merasai pentas separuh akhir Piala Malaysia 2021 buat kali pertama selepas pernah diketepikan pada musim 2017 susulan kecederaan ketika bersama Felda United.

Meskipun ketika itu Felda United mara ke separuh akhir, tetapi Wark tidak dapat diturunkan kerana berdepan kecederaan dan ini adalah masa yang tepat untuknya kembali merasai kenangan berharga di pentas berprestij bagi memastikan pasukan mara lebih jauh kali ini.

Bagi pemain berdarah kacukan Malaysia-Scotland ini, Sarawak United tidak perlu dilabel selaku pasukan ‘underdog’ melihat kepada kelibat pemain-pemain senior yang berpengalaman untuk memberi tentangan seperti Uche Agba, Christie Jayaseelan dan ramai lagi untuk bangkit meraih kemenangan ke atas Terengganu dalam aksi suku akhir kedua, malam ini.

“Itu yang kami ingin kejarkan untuk merasai keputusan yang positif pada malam esok, dan ini adalah perlawanan Piala Malaysia di mana apa-apa sahaja boleh berlaku.”

“Tidak terlambat lagi untuk kita terus berjuang mengharapkan sesuatu dapat diraih dan sememangnya ia bukanlah perlawanan yang mudah menentang Terengganu.”

“Istilah ‘underdog’ itu hanyalah perkataan sahaja kerana bagi saya kerana Sarawak United mempunyai ramai pemain yang berpengalaman dan ia sebenarnya memang membantu pasukan untuk kami sampai ke tahap ini, jadi saya rasa tiada sebab untuk kita tidak boleh memberi tentangan sengit,” jelasnya.

Dalam pada itu, Wark tidak merasakan ia satu kelebihan untuknya membaca kekuatan dan kelemahan lawan meskipun pernah bersama skuad Terengganu musim lalu kerana percaya barisan kejurulatihan dan pemain lain juga lebih mengenali corak permainan anak buah Nafuzi Zain itu.

“Tidak kisah sama ada saya pernah bermain bersama Terengganu atau tidak, saya rasa semua orang tahu dekat mana kekuatan dan corak permainan yang dilakukan oleh Terengganu.”

“Daripada aspek hantaran, cara bermain, kelajuan pemain-pemain muda mereka, saya rasa jurulatih [E. Elavarasan] dan pemain lain juga sudah dapat membaca kekuatan yang mereka ada.”

“Dan, sudah pastinya kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk perlawanan malam esok baik untuk mengekang asakan mereka dan semuanya berbalik kepada kerja keras pasukan,” tambahnya.

Sarawak United tewas 1-2 kepada Terengganu dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia pada Ahad lalu dan akan berdepan aksi kedua pada malam esok di Stadium UiTM.

Tiga lagi perlawanan turut membabitkan pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman di Stadium Sultan Ibrahim, Kuala Lumpur City akan menentang Selangor di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur manakala Melaka United berdepan Sabah di Stadium Hang Jebat.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN