Stuart Ramalingam: “262 Kes, Menjadikan Liga Malaysia ‘Juara’ Tak Bayar Gaji”

Stuart Ramalingam

Setiuasaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengiktiraf (liga) Malaysia sebagai juara dalam pertandingan hutang gaji pemain Berdasarkan statistik, Stuart memberitahu Berita Harian – bahawa FAM kini menerima 262 kes tunggakan gaji – ianya tertinggi di Asia.

Jumlah itu akan lebih banyak jika termasuk kes yang masih belum diterima FAM. Paling menyedihkan 60% daripada masalah hutang gaji di Malaysia adalah melibatkan Hanelang FC, Terengganu City FC (TCFC), Kuantan FA dan Marcerra United.

Stuart menganggap angka 262 kes itu sangat kritikal, maka tidak hairanlah ia merupakan angka tertinggi di Asia ketika ini.

Dalam beberapa hari ini, Perlis FA menjadi perhatian media kerana isu tunggakan gaji. Namun Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie menyatakan bahawa pihak PFA sentiasa pro aktif dalam menangani pelbagai permasalahan termasuk isu gaji.

Presiden PFA yang baharu, Datuk Ahmad Amizal Shaifit

Ini respon kepada seramai 18 pemain Perlis Northern Lions 2 (PNL 2) menuntut PFA melangsaikan gaji mereka.

FAM baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan menyekat geran tahunan setiap pasukan yang ‘sangkut’ dalam isu gaji. Menurut Stuart langkah tegas itu diambil untuk memastikan pengurusan pasukan tidak culas membayar gaji pemain.

Beberapa pasukan yang masih bermasalah dengan tunggakan gaji diberikan tempoh sehingga pertengahan Februari hadapan untuk mengemaskini bayaran tunggakan gaji. Jika pasukan tersebut masih gagal menyelesaikan masalah gaji, geran tersebut akan terus disekat – digunakan untuk membayar gaji pemain.

Stuart berkata, beliau tahu ramai yang tidak puas hati dengan kaedah sekat geran ini.

Namun FAM terpaksa mengambil inisiatif tersebut bagi membantu PFAM dan para pemain. Walaupun isu gaji ini sepatutnya bukan tanggungjawab FAM – namun FAM tetap cuba membantu apa yang mereka mampu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN