Streaming Haram Buatkan Kelab Premier League Rugi £1 Juta Setiap Perlawanan

Haram, tidak sah, atau tidak berlandaskan undang-undang. Gelarkan apa sahaja, dan berikanlah apa sahaja alasan untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak secara atas talian melalui platform tidak sah. Satu perkara yang pasti, ia hanya akan mengakibatkan kerugian.

Dalam satu kajian yang dilakukan di kalangan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini, perbuatan tidak bertanggungjawab itu dikatakan telah mengakibatkan kerugian sebanyak £1juta – dari segi nilai tajaan – pada setiap perlawanan.

Sampel kajian

Kajian tersebut dilakukan selepas mendapat permintaan daripada sebuah kelab EPL yang tidak dinamakan. Ia dilakukan oleh sebuah firma yang melakukan penilaian kepada nilai tajaan berpengkalan di Amerika Syarikat, GumGum Sports dan sebuah firma yang mempunyai kepakaran mengkaji hasil kerja cetak rompak dan digital, MUSO.

Menggunakan sampel dari lapan perlawanan sepanjang tempoh kempen pada musim lalu, kajian tersebut mendapati setiap perlawanan mampu menarik seramai 7.1 juta penonton dari seluruh dunia untuk menonton siaran langsung dari platform tidak sah.

China adalah penyumbang terbesar kepada jumlah tontonan haram tersebut apabila mempunyai 1 juta penonton. Selebihnya adalah dari Vietnam, Kenya, India dan juga Nigeria.

Malah United Kingdom sendiri berada di tangga ke-11 hasil kajian tersebut

Jumlah kerugian

Nilai kerugian £1 juta yang ditanggung oleh kelab EPL pada setiap perlawanan, datangnya dari penonton yang sah dan juga dari mereka yang menonton perlawanan dari platform tidak sah. Kesannya akan dirasai oleh pengiklanan di tepi padang dan juga kepada pendapatan tajaan dari jersi.

Melalui satu kenyataan, Naib Presiden GumGum Sports, Jeff Katz berkata: “Pihak kelab dan penaja tidak pernah dapat menaksirkan kerugian daripada hasil media akibat penstriman yang tidak dibenarkan. Selama ini tanpa disedari, nilai kerugian telah pun mencecah nilai billion dollar.

“Sekarang kami telah menghasilkan set data unik yang memberikan kelebihan kepada penaja [jenama], dan juga untuk pihak kelab menunjukkan nilai yang lebih baik sebagai rakan strategik.”

Lampard
(Photo by Christopher Lee/Getty Images)

Andy Chatterley yang merupakan Ketua Eksekutif dan pemilik MUSO pila berkata:

“Selama ini penonton dari platform haram dianggap tidak memberikan nilai kepada pemegang hak dan penyiar, tetapi realitinya mereka yang agak ramai ini juga melihat nama penaja yang sama pada jersi, dan bahan komersil lain yang sama dengan penonton yang menyaksikan perlawanan dari platform berlesen.

“Pemilik jenama sukan kini sedar bahawa mereka telah meletakkan nilai tajaan berjuta-juta ringgit tanpa menyedari atau faham mengenai impak dari industri cetak rompak secara keseluruhan.”

Akibat siaran haram

Di United Kingdom, Sky Sports, BT Sport dan Amazon menangguhkan hak untuk menyiarkan perlawanan EPL untuk tiga musim seterusnya.

Nilai keseluruhan perjanjian hak penyiaran pada hari ini mencecah lebih dari £4.4 billion untuk EPL, dan kini siaran streaming haram dilihat sebagai ancaman utama kepada sukan yang banyak bergantung kepada hak penyiaran sebagai keuntungan dan kos operasi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN