Anugerah ESPY: Lionel Messi & Sam Kerr Dinobat Pemain Bola Sepak Antarabangsa Terbaik

Messi

Alex Morgan, Lionel Messi, Sam Kerr dan Zlatan Ibrahimovic – pemain bola sepak yang memenangi anugerah individu dalam Anugerah ESPY 2019.

Anugerah ESPY adalah anugerah tahunan anjuran media penyiar sukan ternama – ESPN bagi mengiktiraf pencapaian atlet dan juga segalanya yang berkaitan dengan sukan.

Pasukan kebangsan AS (Wanita) pula dianugerahkan pasukan terbaik oleh ESPY. Ianya selepas beberapa hari lalu pasukan kebangsaan AS tersebut menjulang Piala Dunia di Perancis.

Alex Morgan memenangi Anugerah Atlet Wanita Terbaik ESPY. Beliau bergurau dengan menyatakan: “Maafkan saya sebab ini trofi kedua terbaik saya menangi minggu ini.”

https://twitter.com/InsideDMVBiz/status/1149163787225849858

Morgan menjadi nadi penting Amerika Syarikat dalam kempen FWWC terutama sekali ketika aksi menentang England – di mana Megan Rapinoe tidak dapat diturunkan kerana kecederaan.

Alex Morgan berkongsi jumlah gol yang sama banyak dengan Rapinoe dalam kejohanan tersebut.

Lionel Messi memenangi Anugerah Pemain Bola Sepak Antarabangsa Terbaik selepas membantu Barcelona menjuarai La Liga sekali lagi musim lalu dengan 36 gol.

Messi turut menjaringkan 12 gol dalam 10 perlawanan UCL. Namun sayangnya Messi terlepas kejuaraan Copa America 2019 selepas disingkirkan oleh Brazil di separuh akhir. Argentina menamatkan saingan di tangga ke-3.

MADRID, SPAIN – MARCH 22: Lionel Messi reacts during the International Friendly match between Argentina and Venezuela at Estadio Wanda Metropolitano on March 22, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images) (Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Bintang sensasi Australia memenangi Anguerah Pemain Bola Sepak Terbaik untuk kategori wanita. Sam Kerr menjadi inspirasi negaranya dalam FWWC yang lalu. Menjadi penjaring terbanyak untuk Matildas.

Zlatan Ibrahimovic menerima Anugerah Pemain Terbaik MLS – selepas aksi cemerlang dengan LA Galaxy.

Zlatan menyatakan beliau hanya membuktikan dirinya dengan aksi di atas padang.

Anda boleh rujuk senarai penuh pemenang di pautan di bawah ini:

Senarai Pemenang Anugerah ESPY 2019.

Tahniah kepada semua pemenang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN