Strasbourg 2 Monaco 1, Debut Henry Berakhir Kekalahan

Debut Henry dengan AS Monaco sebagai pengurus tidak bermula sempurna. Ini selepas pasukan beliau tewas 2-1 di tangan 2-1 di tangan Strasbourg.

Monaco ketinggalan pada minit ke-17 selepas Adrien Thomasson menanduk masuk gol untuk pasukan tuan rumah. Satu kesilapan penjaga gol yang gagal mendakap kemas bola.

Ketika AS Monaco cuba bangkit, keadaan diburukkan lagi dengan kad merah diterima oleh Samuel Grandsir. Ini selepas pemain itu melakukan bentesan dengan kaki tinggi.

Pada minit ke-84, pemain simpanan Lebo Mothiba menjadikan kedudukan 2-0.

AS Monaco mendapat gol menerusi penalti pada masa kecederaan oleh Youri Tielemans. Ianya sudah terlalu lewat dan hanya sekadar gol sagu hati. Namun gif ini agak rancak juga.

Debut Henry berakhir dengan kekalahan, 0 mata, 1 kad merah untuk pemain beliau.

Henry menggantikan Leonardo Jardim yang dipecat pada 11 Oktober lalu. Ini selepas Jardim gagal menang 11 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

AS Monaco kini terperosok ke zon penyingkiran di tangga ke-19 dengan hanya 6 mata.

Agak mengenjutkan kerana 2 musim yang lalu mereka adalah juara Ligue 1. Sementara itu, Strasbourg naik ke tangga ke-6 dalam carta liga selepas kemenangan ini.

Pastinya Henry akan menganalisa dan cuba memperbaiki apa yang berlaku. Dan pastinya juga peminat dan pengikut beliau mendoakan yang terbaik untuk Henry yang memulakan karier pengurusan beliau.

Selepas ini AS Monaco akan berhadapan dengan Club Brugge dalam saingan UCL. Ia juga menandakan debut Henry sebagai pengurus dalam saingan UCL.

Pada 12 November nanti, cabaran getir pastinya menentang PSG dalam saingan liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN