Stoke City Singkir Mark Hughes Sebagai Pengurus

Mark Hughes

Stoke City mengambil keputusan drastik dengan menyingkirkan pengurus mereka, Mark Hughes. Kekalahan 5 perlawanan liga daripada 7 yang terakhir telah menyebabkan The Potters berada di zon penyingkiran liga.

Malah, Stoke tewas kepada Coventry City dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA semalam. Khidmat Mark Hughes semalam merupakan perlawanan terakhir beliau.

Perlawanan ke-200

Pemain Coventry merayakan kejayaan menewaskan Stoke. Sumber: Twitter @maxbiamou

Perlawanan semalam juga mencatatkan angka ke-200 yang dikendalikan oleh bekas pemain Manchester United itu. Namun begitu, Stoke gagal beraksi cemerlang dalam perlawanan semalam.

Jordon Willis menjaringkan gol seawal minit ke-24 untuk Coventry. Charlie Adam menyamakan kedudukan pada minit ke-54 melalui sepakan penalti.

Pada minit ke-68, Coventry mendahului skor melalui gol Jack Grimmer. Gol itu sekaligus menjadi gol kemenangan buat pasukan tuan rumah.

Coventry mara ke pusingan keempat. Undian bakal diadakan beberapa hari lagi untuk menentukan siapakah lawan kelab yang dikenali sebagai Sky Blues.

Khidmat tamat

Mark Hughes bersama Stoke City kira-kira 4 tahun 6 bulan. Sebelum ini beliau menjadi pengurus kepada Blackburn Rovers. Mark Hughes dilantik Stoke bagi menggantikan Tony Pulis.

Seorang penyokong Stoke menyuarakan ketidakpuashatian terhadap Mark Hughes.

Penyokong Stoke City sebelum ini mendesak beliau disingkirkan. Malah, penyokong kelab itu sempat membuat tunjuk perasaan di hadapan pemain.

Kejadian itu dilaporkan berlaku sewaktu pemain sedang dalam perjalanan pulang menaiki keretapi di London. Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang ke Stoke.

Stoke bakal mencari pengurus baru seberapa segera. Ini bagi membuat persediaan bertemu Manchester United pada perlawanan liga seterusnya.

Mungkin suatu hari nanti kelibat lelaki Wales ini akan kembali sebagai pengurus?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN