Steven Gerrard ‘Teruja’ Jika Kejuaraan EPL Manchester City Pada 2014 Ditarik Balik

Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Loading official content
Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine
Go behind the scenes at Clairefontaine and watch Kylian Mbappé and other France stars taking part in the first squad photo of the year.
0 seconds of 58 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training
00:33
00:00
00:58
00:58
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video French Federation di OneFootball

Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard menyatakan beliau agak ‘teruja’ untuk melihat sekiranya gelaran juara EPL Manchester City pada 2014 ditarik balik.

City sebelum ini telah dikenakan tindakan pengggantungan selama dua tahun daripada menyertai kejohanan Eropah oleh UEFA sebelum didapati bersalah melanggar peraturan kewangan FIFA.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu juga mungkin akan kehilangan kejuaraan liga pada 2014 sekiranya pihak Persatuan Bola Sepak (FA) England menjalankan siasatan berasingan yang memungkinkan Manchester City ditolak mata.

“Saya ada baca mengenainya pada pagi ini,” kata pengurus Rangers itu yang mengetuai pasukan Liverpool yang menamatkan saingan hanya dua mata di belakang City pada 2014.

“Kita tunggu dan lihat. Dari kacamata pihak UEFA, terdapat sebab yang kukuh untuk mereka didenda. Saya pasti mereka akan membuat rayuan. Jadi kita tunggu sahaja apa perkembangannya.

“Jika kamu lihat hukuman tersebut dikenakan oleh UEFA, bermakna ada kesalahan besar yang berlaku. Jadi saya tertarik untuk melihat lebih dekat mengenai perkara ini. Selagi tiada apa-apa hukuman oleh pihak EPL, saya tidak akan memberikan komen lanjut.”

Sekiranya kejuaraan Manchester City tersebut ditarik, Gerrard sudah pasti menjadi individu yang paling gembira kerana ada kemungkinan gelaran EPL tersebut akan diberikan kepada Liverpool. Ia sekaligus dapat melengkapkan trofi yang tidak pernah dimenangi olehnya.

“Pada waktu itu Manchester City menjadi juara dan saya hanya mampu untuk mengucapkan tahniah kepada mereka. Saya tiada apa yang hendak dikatakan lagi mengenainya. Apa yang saya boleh cakap, saya sangat ‘tertarik untuk melihat apa yang UEFA akan lakukan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN