Steve Darby Ucap Selamat Maju Jaya Buat Perak, Singkap Nostalgia Piala AFC 2008

Steve Darby bukanlah nama asing dalam kancah bola sepak tanah air. Beliau yang kini kembali menetap di United Kingdom pernah membimbing Johor, Perak dan Kelantan.

Bersama Perak, Steve Darby menjadi jurulatih terakhir yang menggalas tanggungjawab membimbing skuad ‘Yob’ itu dalam saingan peringkat Asia.

Walaupun sudah lama meninggalkan Ipoh, Steve Darby masih lagi cakna dengan perjalanan pasukan dan beliau gembira dengan kemaraan Perak ke pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2019.

”Mereka (Perak) telah melakukan tugasan yang hebat ketika ini. Saya mengucapkan selamat maju jaya buat Mehmed Durakovic dan anak buahnya di Korea.”

Pengalaman berliku saingan Piala AFC 2008

Steve Darby yang dihubungi wakil SemuanyaBOLA turut berkongsikan pengalaman beliau dan pasukan ketika kempen Piala AFC 2008 bersama Perak.

”Perjalanan kami (Perak) dalam saingan Piala AFC 2008 sangat berliku. Kami kehilangan tiga pemain import penting. Keita (Mandjou) dan Traore Abdoulaye kerana kami tidak mampu untuk memenuhi permintaan gaji mereka manakala Vedran (Kukoc) akibat kecederaan kepala yang dialaminya.”

”Kami kemudiannya menggantikan mereka dengan tiga orang pemain import daripada Chile (Mario Esteban Berrios, Jorge Antonio Munoz dan Carlos Arturo Caceres).

”Perak diletakkan dalam kumpulan yang sukar apabila bersama-sama Singapore Armed Forces (kini dikenali sebagai Warriors FC) yang dibarisi hampir keseluruhan skuad kebangsaan Singapura dan juga pemain Thailand, Therdsak Chaiman. Turut berada dalam kumpulan ini adalah juara Hong Kong, Kitchee dan New Radiant (Maldives).”

”Kami hanya tewas sekali di peringkat kumpulan apabila tumpas 1-6 menentang kelab Singapura di gelanggang sendiri. Kekalahan tersebut menyebabkan saya terdengar pelbagai spekulasi tetapi saya sentiasa meletakkan kepercayaan 100% terhadap para pemain saya.”

https://www.youtube.com/watch?v=NpSBC3PNKGM

”Kami melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas menewaskan lawan yang sama di Singapura dengan keputusan 2-0. Beraksi di permukaan padang rumput tiruan.”

Segala perancangan Steve Darby berada dalam kesulitan selepas pucuk pimpinan kerajaan negeri berubah selepas Pilihanraya Umum 2008 dan masalah berkenaan pembayaran gaji mula timbul.

Darby turut mengakui beliau terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk mendapatkan tiket penerbangan bagi menghadapi Al Safa di Lebanon.

”Kami tewas 0-2 di Ipoh dan apabila ingin terbang untuk perlawanan kedua, kami diberitahu bahawa kami tidak mempunyai wang.”

”Jadi, saya memilih untuk mendapatkan tiket penerbangan paling murah, dimana ia merupakan satu penerbangan yang panjang.”

”Saya hanya membawa sebelas orang pemain bersama tiga pemain simpanan serta seorang penjaga gol bersama-sama tiga orang kakitangan pasukan. Ia sedikit berbeza daripada hari ini.”

”Dua orang pemain import turut meninggalkan kami kerana mereka tidak mendapat gaji dan saya hanya mempunyai Mario Berrios (pertahanan) yang mahu terus bersama pasukan bagi menggalas tanggungjawab ini bersama pemain tempatan.”

”Kami tewas ditangan Al Safa dan mereka melayakkan diri ke perlawanan akhir. Tetapi ia menjelaskan kepada saya bahawa kualiti pengurusan yang baik diperlukan untuk mendapatkan keputusan di atas padang.”

”Situasi ini merupakan sesuatu yang menyedihkan ketika waktu hebat di Perak.”

Kredit foto: AFF Suzuki Cup

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN