Steve Bruce mengakui yang Tottenham Hotspur mahu membeli pemain tengah Aston Villa, Jack Grealish.
Spurs yang masih belum membeli sebarang pemain pada bursa perpindahan kali ini telah menjadikan Grealish sebagai sasaran utama kelab mereka.
Spurs sudah menghubungi Aston Villa namun perbincangan itu tidak mencapai kesepakatan apabila harga ditawarkan Spurs terlalu rendah berbanding dengan valuasi diletakkan Aston Villa.
“Ya, ada perbincangan tentang perpindahan ini. Namun tiada bidaan rasmi dibuat. Perbincangan tentang ini berlaku sepanjang musim panas ini.”
“Namun jelas sekali pemilik kelab enggan melepaskan Grealish kecuali dengan harga tertentu.”
“Kami tak mahu kehilangan pemain terbaik kami. Mereka pun tahu akan perkara itu. Setiap pemain pastinya ada harga mereka tersendiri.”
“Jika ada yang mahu membeli mereka, mereka harus memastikan tawaran itu memuaskan hati pemilik kelab.”
“Itu ketetapan oleh pemilik, dan mereka menyatakan yang tidak mahu menjual mana-mana pemain. Saya boleh katakan yang Spurs terlalu jauh daripada angka apa yang pemilik kami minta.”
Steve Bruce sebelum ini dikaitkan akan digantikan dengan Thierry Henry, namun beliau kemudian mendapat sokongan daripada pemilik kelab.
Bruce mahu membantu Aston Villa kembali semula ke pentas EPL.