Raheem Sterling akhirnya membuka mulut berkenaan dengan insiden tuduhan rasis ke atas Bernardo Silva. Ini selepas Sliva memuat naik twitter kontroversi ditujukan ke atas Mendy.
Sterling mempertahankan rakannya itu dan menganggap Silva tidak merujuk kepada warna kulit, ataupun saiz bibir lebar yang kerap menjadi stereotaip untuk mendiskriminasi orang kulit hitam.
Tweet oleh Bernardo Silva mendapat perhatian FA England dan juga Kick It Out.
“Dalam situasi tersebut, tidak perlu fikir panjang, itu adalah situasi di antara 2 rakan, Bernardo dan Mendy.”
“Saya boleh nampak beberapa orang akan terasa dengannya. Namun dalam situasi itu, saya pula merasakan Bernardo hanya membahan rakannya.”
“Beliau bukan membahan dengan menyentuh warna kulit, ataupun saiz bibirnya.”
"It’s a situation that no one needs at this moment in time. It’s a situation between two friends, Bernardo and Mendy as everyone knows" https://t.co/JIJvR1CYNA
— PA Dugout (@PAdugout) September 29, 2019
“Dalam kedua-dua gambar itu, mereka [Mendy dan itik] mempunyai kepala yang kecil.”
“Paling penting beliau tidak merujuk kepada warna kulit. Semua orang tahu Mendy berkulit hitam. Dan kita semua yang berkulit hitam harus bangga juga, jika ada orang membandingkan kita dengan sesuatu imej. Anda tak boleh terlalu sedih sangat.”
https://twitter.com/i/status/1178080159775313920
Sebelum ini Pep Guardiola sudah memberikan kenyataan beliau yang turut menyokong Bernardo Silva. Pep turut menyatakan memang ada persamaan di antara Mendy dan itik tersebut. Namun Pep tidak setuju jika orang menuduh Bernardo rasis dan merujuk kepada warna kulit.