Raheem Sterling Hampiri Kontrak £300,000 Seminggu Di Etihad

Pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling dilaporkan sudah mencapai persetujuan lisan dengan kelab tersebut. Beliau dikatakan setuju dengan tawaran kontrak 5 tahun dengan kenaikan gaji kepada £300,000 (RM1.62 juta) seminggu.

Aksi cemerlang Raheem Sterling membantu Man. City menjuarai liga pada musim lalu – ditambah prestasi awal musim ini telah menjadi faktor kepada kenaikan gaji serta kontrak mewah itu. Jika kontrak itu sah, beliau akan menggandakan gajinya 2 kali ganda.

Kontrak semasa beliau akan berakhir pada 2020 – sebelum ini berlaku sedikit penangguhan kerana Sterling meminta gaji lebih besar daripada yang ditawarkan. Ini selepas Man. City membayar Aguero £250,000 – dan De Bruyne mendapat £350,000 seminggu – dalam kontrak baru mereka.

Tawaran kepada Raheem Sterling ini bakal menjadikan pemain berusia 23 tahun itu – sebagai pemain Inggeris – yang memiliki gaji tertinggi pada ketika ini. Hal ini selepas Wayne Rooney meninggalkan Man. United pada musim lalu.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 10: Chris Smalling of Manchester United in action with Raheem Sterling of Manchester City during the Premier League match between Manchester United and Manchester City at Old Trafford on December 10, 2017 in Manchester, England. (Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Pep Guardiola memang menegaskan beliau mahukan Raheem Sterling kekal di alam pasukannya. Walaupun berlaku beberapa isu dalam proses perlanjutan kontrak. Namun begitu Guardiola memberikan tanggungjawab penuh kepada Pengarah Sukan Manchester City- Txiki Begiristain – untuk menyelesaikan isu tersebut.

Jika rundingan gagal, Guardiola akan menerima sahaja keadaan itu. Dan Guardiola sendiri dilaporkan sudah melakukan ‘back up’ kepada isu itu dengan mendapatkan Riyad Mahrez daripada Leicester City.

Dengan Sterling kini dilaporkan akan kekal di Man. City – Riyad Mahrez akan menjadi tambahan kekuatan pasukan yang sangat baik.

Sejak bermain di bawah Guardiola – Raheem Sterling berjaya memperbaiki aspek serangan beliau terutama sekali penyudahan di hadapan gol. Beliau menjadi pemain utama England pada Piala Dunia 2018 yang lalu.

Raheem Sterling masih menjadi pemain utama Gareth Southgate dalam skuad Three Lions pada hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN