Sterling Gembira Liverpool Juara UCL, Namun Tegaskan Piala Itu Bukan Keutamaan Man. City

Bekas pemain Liverpool, Raheem Sterling menyatakan rasa gembira beliau melihat The Reds menjulang UCL. Namun menegaskan bahawa piala tersebut bukan keutamaan oleh Man. City.

Beberapa media di England sebelum ini menyatakan bahawa Manchester City musim lalu memberikan keutamaan kepada UCL berbanding dengan piala lain.

Manchester City masih belum pernah menjuarai kejuaraan UCL di dalam sejarah kelab mereka. Ketika revolusi ‘Arab’ di kelab tersebut, sudah ramai pengurus yang mencuba, namun kesemuanya tetap gagal setaat ini.

Pep Guardiola pula masih mencari UCL pertama beliau sejak meninggalkan Barcelona.

Apa yang menarik, Raheem Sterling jelas sekali menyatakan laporan tersebut kurang tepat. Hal ini kerana Sterling menyatakan keutamaan Man. City adalah EPL.

Sterling menyatakan: “Saya tumpang gembira dengan kejayaan mereka. Saya gembira untuk beberapa pemain yang ada di sana – yang saya kenal berjaya menjulang UCL.”

UCL 2018/19

“Bagi saya, apa yang kami lakukan musim lalu, setiap minggu, setiap hari, adalah luar biasa. Ianya satu langkah besar untuk menanam lebih kepercayaan dalam skuad ini. Kepercayaan itu kami sudah bina dalam beberapa musim kebelakangan ini.”

“Sejak pengurus [Pep Guardiola] tiba, pasukan kami menjadi semakin kuat setiap tahun.”

“Memang satu perkara yang bagus memenangi UCL, namun keutamaan kami adalah memenangi liga.”

“EPL ini ibarat ‘bread and butter’, setiap minggu, perkara yang kamu berlatih setiap hari.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN