Stephanie Frappart: Pengadil Wanita Pertama Piala Super UEFA Lengkapkan Malam Gemilang Di Istanbul

Piala Super UEFA 2019 akan kekal diingati dengan ketangkasan penjaga gol baru Liverpool, Adrian San Miguel yang menyelamatkan sepakan penalti Tammy Abraham sekaligus menghadiahkan kejuaraan pertama The Reds musim ini.

Lebih dari itu, satu lagi kejayaan yang bakal menjadi kenangan manis adalah kecemerlangan pengadil wanita pertama yang mengadili perlawanan dalam kejuaraan utama Eropah.

Stephanie Frappart membuat beberapa keputusan penting di Vodafone Park, Instanbul termasuk membatalkan dua gol Chelsea serta menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan bimbingan Frank Lampard itu.

Malah lebih mengujakan keputusan beliau itu ternyata tepat berdasarkan bantuan pembantu pengadil dan sistem VAR.

Jaringan gol Mason Mount dan Christian Pulisic dinafikan kerana kedudukan ofsaid. Detik kontroversi dalam masa tambahan menjelma selepas Frappart menghadiahkan sepakan penalti kepada The Blues apabila Tammy Abraham dikasari penjaga gol Liverpool dalam kotak penalti.

Namun pengadil berasal dari Perancis itu tenang berhadapan dengan bantahan pemain berkelas dunia dan membuktikan kewibawaan beliau apabila semakan sistem VAR nyata berpihak kepada keputusan awalnya.

Adrian disenaraikan sebagai penjaga gol utama dalam perlawanan ini selepas Allison Becker disahkan cedera dan perlu berehat selama enam minggu.

Bagaikan mimpi, penjaga gol Sepanyol yang baru beberapa hari tiba di Anfield sebagai penjaga gol simpanan itu secara tiba-tiba muncul sebagai wira pasukan selepas memastikan kemenangan Liverpool dengan menyelamatkan sepakan penalti terakhir oleh Tammy Abraham.

Stephanie Frappart, 35 bersama rakan segenaranya Manuela Nicolosi dan Michelle O’Neill dari Ireland sering bekerjasama dan telah beberapa kali diberi tanggungjawab mengadili perlawanan dalam kejohanan-kejohanan besar termasuk Piala Dunia Wanita tahun ini. Frappart juga menjadi wanita pertama yang mengadili perlawanan Ligue di antara Amiens dan Strasbrough pada April tahun ini.

Dua tahun lepas di Jerman, saingan Bundesliga juga pernah menyaksikan pengadil wanita, Bibiana Steinhaus menjadi pengadil perlawanan sewaktu pertembungan di antara Hertha Berlin dan Werder Bremen di Olympiastadion.

Selain sukan bola sepak, sukan-sukan lain juga kini telah mula melibatkan wanita untuk mengadili perlawanan-perlawanan penting. Contohnya baru-baru ini Belinda Sharpe, 32 menjadi wanita pertama mengadili Liga Ragbi Kebangsaan di Australia. GS Lakshmi, 51 dari India pula telah dipilih oleh Majlis Kriket Antarabangsa sebagai pengadil untuk perlawanan utama bagi kejohanan antarabangsa.

Adakah satu hari nanti kita berpeluang untuk menyaksikan kelibat pengadil wanita dalam kejohanan Liga Super Malaysia? Di saat kredibiliti pengadil lelaki di negara kita sering menjadi pertikaian, mungkin ini adalah penyelesaiannya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN