Steinbruckner Saran Rahadiazli Keluar Dari Terengganu Demi Kesebelasan Utama

Pengendali utama Terengganu, Tomislav Steinbruckner menyarankan supaya penjaga gol muda mereka iaitu Rahadiazli Rahalim untuk berhijrah menyertai pasukan baharu demi mendapat lebih banyak minit permainan.

Untuk rekod, Rahadiazli merupakan antara penjaga gol muda yang sangat berbakat sebelum konsistensi beliau sedikit menurun sehingga dirinya diketepikan oleh Steinbruckner.

Selaku antara penjaga gol muda yang berpotensi besar, pastinya Rahadiazli memerlukan lebih banyak minit permainan untuk memastikan beliau terus mendapat ruang menyertai skuad kebangsaan.

Walaupun begitu, sehingga kini belum diketahui destinasi baharu penjaga gol tinggi lampai itu untuk menyertai pasukan mana pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Musim lalu menyaksikan Rahadiazli beraksi sebanyak sembilan perlawanan secara keseluruhan bersama Sang Penyu untuk saingan domestik, dengan selebihnya Steinbruckner banyak mempertaruhkan Suhaimi Hussin.

“Saya berbincang dengan pengarah sukan dan ketua pegawai eksekutif musim lepas kita (Mohd Sabri Abas) mengenai Rahadi (Rahadiazli). Saya mahu beri dia (Rahadiazli) jalan penyelesaian.

“Dia perlu keluar untuk menjadi penjaga gol nombor satu. Dia perlu bermain dalam setiap perlawanan…bukan beberapa perlawanan sahaja seperti musim lepas,” katanya menerusi laporan daripada Harian Metro.

Jika dilihat pada situasi semasa, PDRM antara pilihan tepat untuk Rahadiazli kembali menaikkan dirinya selaku antara penjaga gol utama selepas The Cops secara rasminya melepaskan tonggak utama mereka musim lalu Ramadhan Hamid.

Selain itu, Kuching City juga boleh dianggap memiliki potensi untuk mendapatkan penjaga gol tersebut, kerana mereka dilaporkan kini giat memburu seberapa pemain berpengalaman dalam kelab.

Pada masa sama, Steinbruckner juga mengakui kemasukan lima pemain baharu sebelum itu hampir melengkapkan persiapan Terengganu untuk mengharungi saingan musim 2024/2025.

Dua pemain import baharu juga sudah pun diperkenalkan Sang Penyu sebelum ini untuk mengimbangi posisi pertahanan serta serangan mereka iaitu Matthew Steenvoorden serta Ismaheel Akinade.

“Kita juga mempunyai Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Akram Mahinan. Dia (Akram) tidak bermain dalam semua perlawanan musim lepas tetapi dia seorang pemain yang baik.

“Kita juga sedang menunggu dua pemain. Seorang pemain Croatia dan seorang lagi dari ASEAN bagi pemain tengah menyerang,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN