Shin Tae-yong Akui Masih Kecewa Dengan Indonesia Di Saingan Piala Asia 2023

Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong jelas masih belum dapat melupakan saingan Piala Asia 2023 yang dilalui mereka sebelum ini di Qatar dengan beberapa kekecewaan jelas dirasai.

Indonesia menjadi antara pasukan yang hadir dengan ranking kedua paling rendah dalam saingan Piala Asia 2023 tanpa membawa sebarang jangkaan dalam kalangan pemerhati bola sepak lain.

Namun, Sang Garuda berjaya mencipta kejutan tersendiri apabila skuad kendalian Shin menjadi antara negara melayakkan diri ke pusingan kalah mati di pentas Piala Asia tersebut.

Keputusan itu juga menjadikan Indonesia berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila mereka sebelum ini hanya mampu beraksi di peringkat kumpulan sahaja.

Walaupun begitu, pengendali dari Korea Selatan ini jelas masih menyimpan sedikit rasa kecewa mengenai perjalanan Indonesia di saingan tersebut.

Menurut Shin, Indonesia sepatutnya mampu untuk mara dengan lebih jauh pada saingan tersebut walaupun pasukannya dibarisi oleh para pemain muda kurang berpengalaman di pentas antarabangsa.

“Pada pandangan saya, kami sebenarnya mampu untuk mara dengan lebih jauh pada saingan Piala Asia kali ini di Qatar selepas beberapa faktor.

“Secara keseluruhan, saya anggap pertandingan kali ini sedikit mengecewakan kerana rata-rata umur pemain dibawa berusia 22 dan 25 tahun.

“Kami membawa para pemain yang sebelum ini dipersiapkan untuk skuad Piala Dunia bawah 20 (B-20) dan rasa seperti bermain dengan pemain-pemain di peringkat Olimpik,” ujar Shin menerusi perkongsian CNN Indonesia.

Selain melihat usia pemain, Shin juga sedikit terkilan dengan masa dimiliki beliau bersama para pemain dianggap cukup singkat untuk mengharungi sesi latihan pusat sebelum mengharungi kejohanan itu.

“Jika para pemain mendapat lebih banyak waktu persiapan dalam sesi latihan, pastinya hasil bakal diperoleh menjadi lebih baik pada perlawanan sebenar.

“Buktinya para pemain sentiasa mempamerkan aksi permainan yang meningkat daripada satu perlawanan ke satu perlawanan hadapan.

“Saya akan merasa lebih baik jika Indonesia mampu untuk mara ke pusingan suku akhir Piala Asia 2023, ianya sedikit mengecewakan buat saya,” kata Shin lagi.

Pada masa sama, beliau tetap memuji semangat dipamerkan oleh para pemain sepanjang mengharungi kejohanan itu berdepan pelbagai negara dengan ranking lebih tinggi.

“Pemain-pemain Sang Garuda beraksi dengan begitu baik di kejohanan besar seperti itu, malah mereka sendiri turut bangga menjadi sebahagian daripada sejarah tersebut.

“Saya juga cakap kepada para pemain untuk jadikan kejohanan ini sebagai satu batu loncatan terbaik buat mereka mara lebih jauh di pentas antarabangsa selepas ini,” katanya akhir sekali.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN