2 Bintang Croatia Minat Sertai Terengganu Musim 2024/2025

Terengganu dilaporkan kini hampir pasti untuk menandatangani seorang lagi tenaga import dari Croati bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Menerusi perkongsian Harian Metro, ada dua pemain import berasal dari Croatia tanpa didedahkan maklumat lengkap mereka berminat untuk menyertai keluarga besar Terengganu buat pertama kali di Malaysia.

Terdahulu, Terengganu secara rasminya telah pun mengekalkan tiga pemain import pada musim lalu iaitu Argzim Redzovic, Ivan Mamut, serta Nurillo Tukhtasinov selepas mereka mempamerkan konsistensi permainan begitu baik dalam setiap perlawanan.

Untuk terus memperkukuhkan lagi skuad Sang Penyu, Tomislav Steinbruckner turut menandatangani dua lagi pemain import di posisi pertahanan serta serangan iaitu Matthew Steenvoorden serta bekas penyerang Kelantan United, Ismaheel Akinade.

Terbaharu, dilaporkan dua lagi pemain import berada dalam radar kejurulatihan Terengganu dengan mereka telah pun menyatakan kini sudah bersedia untuk ditandatangani Sang Penyu.

Menurut sumber akhbar tersebut, kedua itu tersebut diberi nama Igor dan beraksi untuk bahagian tengah serta pernah bermain di saingan Liga Croatia.

Manakala seorang lagi pemain yang bernama Marin juga turut menyatakan dirinya sudah bersedia untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Terengganu di saingan Liga M.

“Igor hampir pasti mengikut jejak penyerang kelahiran Croatia, Ivan Mamut untuk menyertai pasukan pada musim ini selepas dia menyatakan keterujaan untuk beraksi dalam Liga M.

“Selain pemain tengah berusia 30-an itu, seorang lagi pemain yang dikenali sebagai Marin juga menyatakan minat untuk menyarung jersi TFC pada musim 2024/2025 ini.

“Jadi kita tunggu dan lihat perkembangannya dalam masa terdekat sama ada Igor ataupun Marin yang bakal mengisi seorang lagi kuota pemain import pasukan.

“Lagipun surat tawaran sudah diberikan kepada dua pemain itu serta kelabnya, kini hanya menunggu pengesahan daripada mereka, tapi kita akan menandatangani salah seorang daripada dua pemain itu kerana pada musim ini TFC hanya akan mengambil enam tonggak import.

“Harap peminat bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi bagi memastikan perjalanan untuk mengikat salah seorang pemain itu berhasil, selepas semuanya selesai kita akan perkenalkan secara rasmi,” jelas laporan tersebut.

Kini, Terengganu boleh dikatakan sudah pun hampir lengkap daripada persiapan mereka untuk mengharungi saingan Liga M yang akan bermula tidak lama lagi.

Malah, pemain tempatan seperti Safawi Rasid serta Akhyar Rashid juga dianggap mampu untuk menjadi aset penting buat Sang Penyu untuk memberi cabaran sengit kepada pasukan lawan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN