Stefan Ortega Gembira Sertai Man City, Anggap Perpindahan Tersebut Bagai Suatu Mimpi Indah

Manchester City antara kelab yang agak sibuk pada jendela perpindahan ini menjelang saingan English Premier League (EPL) bakal bermula tidak lama sahaja lagi.

Terbaharu mereka berjaya menandatangani seorang penjaga gol kelahiran Jerman iaitu Stefan Ortega Moreno yang sebelum itu beraksi dalam saingan Bundesliga.

Bekas penjaga gol Arminia Bielefeld ini dilihat bakal menggantikan khidmat Zack Steffern setelah pemain tersebut bakal dipinjamkan ke Middlesbrough untuk suatu tempoh.

Menurut sumber ESPN, Ortega telah menandatangani kontrak di bersama City untuk jangka masa selama tiga tahun selaku salah seorang penjaga gol kelab tersebut.

Pemain yang sudah membuat penampilan sebanyak 220 kali bersama Arminia Bielefeld itu dijangka bakal menyertai jelajah pra-musim kelab terbaharunya nanti di Ameria Syarikat.

“Ini merupakan salah satu perpindahan yang hebat buat saya.

“Manchester City merupakan salah satu kelab yang terbaik. Skuad yang diwakili oleh kebanyakan pemain-pemain bintang di setiap posisi.

“Diberi peluang menyertai City serta bakal membantu kelab ini pada musim hadapan merupakan suatu mimpi buat saya.

“Apapun, saya mahu mengucapkan terima kasih buat kepada penyokong Arminia Bielefeld atas segala sokongan anda buat saya. Secara jujur, saya gembira ketika berada di Jerman selaku salah seorang pemain,” jelas Ortega dengan perasaan penuh gembira.

Walaupun menikmati musim-musim hebat di Jerman, Ortega akui peluang beraksi di pentas Premier League terlalu sukar untuk ditolaknya serta pemain tersebut tidak sabar untuk memulakan tugas bawah kendalian Pep Guardiola.

“Ini adalah cabaran baharu buat saya, dan tawaran beraksi di kancah Premier League terlalu sukar untuk saya menolaknya.

“Harus diakui yang kini saya sangat tidak sabar untuk memulakan latihan bersama kelab, berjumpa rakan sepasukan, serta bertugas bawah kendalian Pep dan kejurulatihan lain,” terang beliau.

Ortega dijangka bakal bersaing secara sihat bersama penjaga gol utama City ketika ini iaitu  Ederson Moraes serta pemain berpengalaman iaitu Scott Carson pada musim hadapan.

Steffen yang sebelum itu membuat 21 penampilan bersama City sejak tahun 2020 dijangka bakal dipinjamkan tidak lama sahaja lagi demi mendapatkan minit permainan secukupnya agar mendapat peluang beraksi di pentas Piala Dunia 2022.

Sumber:
ESPN

Leave a Reply