Status Tan Cheng Hoe Sebagai Pengendali Harimau Malaya Masih Menjadi Tanda Tanya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sehingga kini masih belum mengumumkan status terkini Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang telah tamat kontrak pada 31 Disember 2018.

Meskipun Malaysia hanya bergelar naib juara Piala Suzuki AFF bulan lepas apabila tewas kepada Vietnam menerusi aggregat 2-3, namun Cheng Hoe berjaya melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh FAM iaitu mara ke final.

Ketika ditanya oleh Berita Harian mengenai statusnya itu, Cheng Hoe menyerahkan sepenuhnya kepada badan induk bola sepak negara itu untuk membuat keputusan rasmi.

“Saya tak boleh mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini dan tunggu saja perbincangan FAM,” katanya semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan badan induk itu sedang mencari tarikh sesuai untuk membincangkan kontrak Cheng Hoe dalam masa terdekat.

“Ketika ini Cheng Hoe sedang bercuti dan akan kembali minggu ini. Jadi, kami akan mengadakan satu mesyuarat sebaik saja memuktamadkan tarikhnya,” jelas Stuart.

Tan Cheng Hoe dijulang oleh pemain diatas kejayaan membawa Malaysia mara ke final Piala AFF bulan lalu.

Mengulas mengenai kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia yang akan berlangsung pada tahun ini, Cheng Hoe sudah ada beberapa perancangan termasuk memperkemaskan lagi corak permainan skuad Harimau Malaya.

“Apa yang penting pemain kena meningkatkan prestasi mereka. Kita tak tahu akan jumpa pasukan mana lagi, tapi yang pasti kita akan jumpa pasukan lebih kuat seperti dari Timur Tengah, Asia Barat atau Asia Tengah.

“Sudah pasti laluannya lebih sukar dan saya harap pemain ambilnya sebagai satu cabaran. Saya rasa mereka pun bersemangat untuk bermain di pentas lebih tinggi.

“Dalam bola sepak kena ada perubahan, kita tak boleh fokus di Asia Tenggara saja. Jadi kita perlu meningkatkan pasukan dan kemahiran individu ke satu tahap lagi,” katanya.

Tan Cheng Hoe ketika mengendalikan sesi latihan skuad negara di Stadium Hang Jebat. FOTO: FAM

Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya pada bulan Disember 2017 selepas Nelo Vingada meletakkan jawatan dan beliau dilihat berjaya membawa sedikit perubahan dalam prestasi semasa Harimau Malaya.

Namun, segala keputusan mengenai lanjutan kontraknya bergantung kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan yang akan menilai keseluruhan prestasi Harimau Malaya di bawah Cheng Hoe.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN