Pulisic: Chelsea Sebuah Kelab Legenda, Dibarisi Dengan Pemain Bertaraf Dunia

Chelsea akhirnya memenangi saingan untuk mendapatkan pemain berusia 20 tahun yang juga bintang muda Borussia Dortmund, Christian Pulisic.

Chelsea membeli Christian Pulisic menerusi persetujuan bernilai €64 juta (RM302.9 juta) bagi memperkuatkan barisan serangan kelab itu musim depan.

Pulisic sebelum ini telah mencetuskan spekulasi mengenai perpindahannya ke England selepas beliau memberi bayangkan untuk beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).

MAINZ, GERMANY – NOVEMBER 24: Christian Pulisic of Borussia Dortmund arrives at the stadium prior to the Bundesliga match between 1. FSV Mainz 05 and Borussia Dortmund at the Opel Arena on November 24, 2018 in Mainz, Germany. (Photo by Alexandre Simoes/Borussia Dortmund/Getty Images)

Chelsea, Liverpool dan Manchester United telah meletakkan sasaran untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Amerika Syarikat tersebut selepas beliau enggan memperbaharui kontraknya di Dortmund.

Bagaimanapun, Pulisic akhirnya memutuskan untuk menyertai pasukan kendalian Maurizio Sarri musim hadapan dan Liverpool adalah kelab paling terkesan dengan keputusan Pulisic tersebut.

Ada yang beranggapan pembelian Pulisic ini adalah untuk ‘back-up’ kepada pemain seperti Hazard dan Willian yang masih belum memberikan komitmen baru kepada kelab mereka setakat ini.

Namun begitu, Eden Hazard kelihatan gembira di Chelsea. Eden Hazard yang menunjukkan taringnya sebagai false no.9 dalam beberapa aksi sejak akhir-akhir ini.

 

Kelab legenda

Chelsea FC telah memuat naik petikan ucapan bintang berusia 20 tahun itu sebaik sahaja diumumkan secara rasmi pembelian pemain tersebut.

Dipetik menerusi ucapan tersebut, Pulisic berkata:

“Pada musim panas, saya berpindah ke Chelsea dan ia adalah satu pertandingan baru, Liga Perdana Inggeris.”

“Amat istimewa saya dapat menyertai kelab legenda ini dan saya berharap dapat bekerja keras untuk menyumbang kepada pasukan yang dipenuhi dengan banyak pemain bertaraf dunia.”

Sudah pasti berita pembelian Pulisic telah mengembirakan peminat The Blues di seluruh dunia.

Bagaimanapun, peminat terpaksa bersabar untuk melihat aksi Pulisic di Stamford Bridge kerana pemain itu terpaksa menghabiskan baki musim ini secara pinjaman di kelab Bundesliga berkenaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN