Status Pasukan Liga Super 2023 Bakal Diumum MFL Hari Ini

Liga Super 2023

Status mengenai pasukan-pasukan yang bakal bertarung dalam saingan Liga Super 2023 bakal diketahui pada hari ini apabila Malaysian Football League (MFL) bakal mengumumkannya.

Pengumuman yang bakal dibuat oleh MFL itu akan diadakan dalam satu sidang media selepas mereka meneliti semua dokumen bersama-sama First Instance Body (FIB).

MFL menerusi Jawatankuasa Perlesenan dan FIB telah menerima dokumen yang diperlukan oleh kesemua pasukan namun begitu status mereka semuanya masih lagi menjadi tanda tanya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, persoalan sama ada dokumen yang dihantar itu lengkap atau tidak bukanlah perkara utama.

Sebaliknya adalah mengenai ketepatan masa oleh kesemua pasukan dalam melengkapkan dokumentasi dalam masa yang diberikan.

“Mengikut garis masa, 396 dokumentasi perlu dilaksanakan oleh setiap pasukan.

“Sejak tarikh akhir pada 30 September lalu, semua pasukan sudah menyerahkan dokumen dan soal lengkap atau tidak bukan soalannya,” kata Stuart menerusi Shoot!.

Menurut Stuart, disaat ada khabar angin mengatakan yang terdapat beberapa pasukan akan menarik diri daripada Liga Super musim depan, ianya tidak menggusahkan pihaknya malah menerima dengan tangan terbuka.

Pada hemat beliau, lebih baik penarikan diri itu tidak dihalang oleh mana-mana pihak kerana jika sesebuah pasukan benar tidak mahu bertanding, elok saja dibiarkan begitu.

Hal ini kerana, MFL tidak mahu ada perkara-perkara buruk berlaku seperti yang sering kita dengar pada saban musim terutamanya berkaitan bayaran gaji.

Liga Super bakal menampilkan 18 pasukan dengan ianya dikecilkan kepada 16 kelab pada musim 2024.

Liga Premier pula bakal direhatkan sementara penganjurannya dengan Liga Simpanan bakal diwujudkan untuk membolehkan pasukan-pasukan simpanan beraksi dan tidak perlu bertemu pasukan utama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN